Lukisan Francis Bacon berharga lebih RM231 juta

Lukisan Francis Bacon berharga lebih RM231 juta

Sekeping lukisan karya artis seni kelahiran Ireland, Francis Bacon yang memaparkan rakannya iaitu pelukis Lucian Freud dijual pada harga AS$52.5 juta(RM231.3 juta), demikian menurut rumah lelongan Sotheby’s.

Harga itu mencatat rekod baharu untuk karya Bacon yang dijual di London dan juga mana-mana lukisan panel tunggal olehnya.

Bertajuk Study for Portrait of Lucian Freud, lukisan itu dihasilkan pada tahun 1964 dan memaparkan Freud duduk di atas sebuah bangku.

“Lukisan ini menjadi bukti kebolehan Francis Bacon mencetuskan emosi dan mengabadikan perasaan manusia yang pelbagai dan komplek dalam bentuk lukisan,” kata Sotheby’s.

Kedua-dua artis seni itu merupakan kawan rapat tetapi juga pesaing yang teruja dengan ekspresi manusia. Mereka juga saling menjadi model dalam lukisan masing-masing.

Lukisan Bacon pada tahun 1959 bertajuk Three Studies of Lucian Freud dijual pada harga AS$142.4 juta (RM626.9 juta) dalam tahun 2013. Karya itu memegang rekod karya seni paling mahal sebelum diketepikan oleh lukisan Picasso, The Women of Algiers (Version O) dalam pada 2015.

Three Studies of Lucian Freud dibeli oleh Galeri Seni New York.

Bacon meninggal dunia dalam tahun 1992 dan Freud menghembuskan nafas terakhir pada 2011. K Online

Lukisan Francis Bacon berharga lebih RM231 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker