Bersatu Sabah terpaksa perkudakan GRS kerana parti Muhyiddin tiada sokongan

Pemimpin Bersatu di Sabah tidak lagi ‘menjual’ nama parti berkenaan kerana kekuatan Bersatu ketika ini sudah mula menurun,’ kata bekas perdana menteri Najib Razak.

Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) itu berkata, pemimpin Bersatu Sabah lebih suka menggunakan nama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berbanding nama parti yang diterajui Muhyiddin Yassin itu.

“Nampaknya Bersatu dah banyak menurun sebab mereka (pemimpin Bersatu Sabah) tak sebut Bersatu sekarang, mereka sebut GRS, maknanya, PAS pun di Semenanjung akan gunakan logo sendiri, bukan guna PN (Perikatan Nasional).



“Jadi secara individu, saya melihat parti-parti yang lain itu kekuatan mereka sudah banyak menurun, termasuk Warisan juga,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis santai petang bersama aktivis maya Sabah, di Kolombong, dekat sini, hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya soal kerjasama dengan GRS yang turut disertai Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti, Najib berkata kemungkinan besar majoriti kerusi akan diberikan kepada BN.

“Insya-Allah, majoriti (kerusi) akan lebih kepada BN tapi kita mesti tentukan strategi yang tepat dan mesti letakkan calon-calon berwibawa,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, keadaan politik di Sabah akan bergantung kepada apa yang berlaku di Semenanjung pada PRU nanti.



Katanya, di Semenanjung ketika ini, kekuatan dilihat lebih berpihak kepada BN dan beliau percaya perkara sama akan turut berlaku di Sabah.

“Apa yang berlaku di Sabah banyak bergantung kepada apa yang berlaku di semenanjung, di semenanjung ‘angin bertiup’ ke arah BN, semua berpendapat BN ada peluang yang terbaik untuk menubuhkan kerajaan bila sampai masanya.

“Dalam konteks Sabah, kita kena tunjukkan BN bukan parti dari Semenanjung, BN adalah parti yang dikuasai orang Sabah, di bawah satu gagasan atau payung yang besar.

“Jadi bila kita bawa gagasan, kita ada kekuatan yang lebih, itu yang mesti diterapkan pada orang Sabah,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam



UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker