Annuar kata tiada SD sokong Anwar diberi padanya

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah memintanya menandatangani akuan bersumpah(SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu secara berseloroh berkata, berkemungkinan Ahmad Zahid mengetahui siapa dirinya.

“Mungkin dia tahu siapa Annuar Musa, siapa Anwar Ibrahim. Walaupun nama sama, tapi tak sama pendirian politik.



“Ahmad Zahid tidak pernah suruh saya (tandatangan SD), tak ada,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di Angkasapuri pada Jumaat.

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini dilapor mendedahkan sememangnya wujud SD dalam kalangan ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Tajuddin berkata, pendedahan itu dilakukannya sebagai saksi hidup berikutan Ahmad Zahid tidak mendedahkannya kepada akar umbi.

Mengulas lanjut, Annuar turut berpandangan bahawa pucuk pimpinan parti perlu mencari jalan bagi mengharmonikan keadaan susulan pendedahan yang dibuat itu.



“Kalau masing-masing terus serang menyerang antara satu sama lain saya rasa mungkin ada baiknya kita tumpu kepada solidariti dan memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Menurutnya, isu yang ditimbulkan oleh Tajuddin itu juga tidak dapat dielakkan kerana setiap individu mempunyai hak menyatakan pandangan.

“Tetapi tanggungjawab kepada pimpinan pada saya mengharmonikan keadaan dan kita perlu memperkasakan parti.

“Kalau boleh saya cadangkan supaya harus ada pihak-pihak tertentu mengambil tindakan-tindakan untuk menguruskan hal ini secara dalaman,” tegasnya.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar



Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker