Agong perkenan lantikan lapan anggota Suhakam baharu

 

PUTRAJAYA- Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik seramai lapan anggota baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi sesi 2022-2025.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan itu dibuat mengikut Subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597).

“Lantikan untuk tempoh tiga tahun itu berkuat kuasa 22 Jun 2022. Selaras dengan Subseksyen 6(1) Akta 597, Al Sultan Abdullah turut memperkenan pelantikan Datuk Dr. Rahmat sebagai Pengerusi Suhakam.

“Beliau adalah seorang pakar perundangan dan hak asasi manusia daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM),” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Ismail Sabri turut berharap agar pelantikan inklusif itu akan lebih memperkasakan Suhakam dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya demi kesejahteraan negara.

Selain Datuk Dr. Rahmat, tujuh lagi individu dilantik sebagai anggota Suhakam baharu antaranya ialah Prof. Datuk Noor Aziah Mohd. Awal, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Dr. Chew Chee Ming dan Datuk Mary@Mariati Robert.

Turut dilantik ialah Datuk Hasnal Rezua Merican Habib Merican, Nazira Rahim dan K. Ragunath. -KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker