HKL mungkin berdepan kekurangan doktor

HKL mungkin berdepan kekurangan doktor

Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini, bakal berhadapan dengan isu kekurangan pegawai perubatan yang kritikal bermula bulan depan.

Perkara itu disahkan seorang pegawai perubatan HKL yang enggan namanya didedahkan, memaklumkan krisis itu berlaku apabila hampir 100 pegawai perubatan junior daripada semua bahagian akan berpindah ke negeri lain mulai 18 Julai ini.



Menurut sumber, krisis itu amat membimbangkan berikutan jumlah kakitangan sedia ada di hospital itu memang tidak mencukupi, di samping berlaku peningkatan jumlah pesakit ketika ini.

Akibat krisis itu, katanya, pihak pengurusan HKL mengeluarkan surat semalam untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai perubatan bidang pengurusan hari ini bagi membincangkan langkah penyelesaian isu berkenaan.

“Ya, memang benar surat itu diedarkan hari ini (semalam) kepada pegawai perubatan bidang pengurusan untuk menghadiri mesyuarat esok (hari ini) berkenaan kekurangan pegawai perubatan junior yang akan keluar daripada HKL pada 18 Julai.

“Hampir 100 pegawai perubatan junior berstatus kontrak yang selesai ‘housemanship’ akan keluar selepas mendapat arahan penempatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM), majoritinya ke Perak dan Sarawak.



“Krisis timbul apabila tiada pegawai perubatan baharu yang akan masuk dalam masa terdekat terutama membabitkan jumlah yang besar bagi menggantikan mereka yang keluar secara serentak ini,” katanya kepada BH.

Mesyuarat hari ini bincang isu kekurangan kritikal doktor

Terdahulu, Hartal Doktor Kontrak menerusi Twitter mendedahkan satu surat daripada Unit Pengurusan Pegawai Perubatan HKL bertarikh 30 Jun 2022, mengenai sesi perjumpaan pegawai perubatan bidang pengurusan petang ini susulan ‘krisis kekurangan pegawai perubatan di HKL dan HTA.

Menurut sumber, sesi perjumpaan itu bertujuan memaklumkan kepada pegawai perubatan bidang pengurusan untuk turun membantu merawat pesakit di bahagian klinikal, bagi menampung kekurangan tenaga kerja berkenaan.



Jabatan pediatrik, perubatan dan kecemasan antara akan teruk terjejas

Beberapa jabatan di HKL teruk terjejas selepas pegawai perubatan junior ditempatkan ke negeri lain. Antaranya ialah jabatan pediatrik dianggarkan bakal kekurangan sekitar 30 kakitangan selepas 18 Julai.

“Jabatan perubatan pula akan kekurangan hampir 50 kakitangan manakala bahagian kecemasan HKL akan turut kekurangan hampir 30 kakitangan.

“Jumlah pesakit pula agak tinggi sekarang, terutama di jabatan pediatrik yang mencatat peningkatan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan pneumonia.



“Dengan jumlah kakitangan sedia ada, waktu menunggu di bahagian kecemasan kanak-kanak mencecah 12 jam lamanya. Bila pegawai perubatan junior keluar bulan depan, situasi akan lebih parah,” katanya.

Kadar burnout kakitangan perubatan akan berulang seperti kemuncak COVID-19

Selain pesakit terpaksa menunggu lama, katanya, isu burnout atau kelesuan melampau akan kembali menghambat pegawai perubatan di HKL, seperti mana yang berlaku ketika kemuncak kes COVID-19 pertengahan tahun lalu.

“Kakitangan sedia ada perlu bekerja lebih daripada satu syif untuk tampung kekurangan pegawai perubatan. Jika syif biasa antara jam 7 pagi hingga 3 petang, kami mungkin perlu bekerja lebih lama hingga jam 10 malam.



“Kadar ‘on call’ pula akan lebih kerap. Jika kebiasaannya dua kali sebulan, jumlah on call akan bertambah kepada tiga hingga empat kali,” katanya. BH

HKL mungkin berdepan kekurangan doktor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Sarah saman Ira Kazar

Pelanggan kecewa terima kentang goreng berkulat, masam

UMNO bertindak betul gugurkan Tajuddin – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker