Bayern bayar Mane RM91.8 juta setahun

Bayern bayar Mane RM91.8 juta setahun

BERLIN: Sadio Mane dilaporkan menerima gaji 17 juta pound (RM91.8 juta) setahun di Bayern Munich selepas menandatangani kontrak sehingga tahun 2025.

Bintang Senegal itu bertekad meninggalkan Liverpool bagi mencari cabaran baharu musim panas ini.

Ejennya Bacary Cisse menafikan Mane kecewa kerana tidak mendapat kenaikan gaji di Anfield.

“Ia khabar angin yang tidak berasas. Kami tidak mahu bercakap tentangnya.

“Pemain dengan kualiti seperti Sadio tidak boleh menerima gaji seperti yang diperkatakan. Jumlah yang tersebar adalah tidak benar.

“Sadio sudah menerima gaji lebih daripada itu ketika dia menyertai Liverpool dari Southampton.

“Dia melanjutkan kontraknya pada tahun 2018 dan gajinya lebih tinggi daripada apa yang tersebar di media.

“Saya rasa Sadio memilih kelab yang tepat pada masa yang betul. Dia memenangi semuanya di Liverpool.

“Kini tiba masanya untuk dia berdepan cabaran baharu di tempat lain. Projek Bayern amat menarik,” kata Cisse. BH

Bayern bayar Mane RM91.8 juta setahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker