RM10 juta untuk usahawan kecil , peniaga B40

RM10 juta untuk usahawan kecil , peniaga B40

LIPIS: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM10 juta kepada 950 usahawan kecil dan peniaga kategori B40 di pinggir dan luar bandar di bawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP) tahun ini.

Katanya, bantuan itu turut merangkumi peralatan aktiviti perkhidmatan seperti jahitan, gunting rambut, pertanian serta ternakan tertakluk kepada keperluan pemohon serta syor agensi pelaksana di bawah kementerian tersebut.

“PPP merupakan antara usaha KPLB untuk memberikan kesejahteraan penduduk di pinggir dan luar bandar menerusi mekanisme yang dianjurkan oleh kerajaan untuk menambah pendapatan keluarga mereka dan mengeluarkan golongan berkenaan daripada belenggu kemiskinan.

“Kumpulan sasar ini terdiri daripada penduduk berpendapatan rendah kategori B40 dan menetap di pinggir dan luar bandar, manakala pemohon akan disiasat atau proses verifikasi terlebih dahulu bagi menentukan kelayakan sekiranya pemohon tidak berdaftar dalam E-kasih atau diperaku dalam kumpulan sasar di negeri masing-masing,” katanya selepas menyampaikan bantuan PPP Warung Desa@KPLB kepada peniaga B40 di Jalan Batu Dua di sini hari ini.

Sempena majlis tersebut, Abdul Rahman menyampaikan peralatan perniagaan Warung Desa@KPLB masing-masing bernilai RM10,000 kepada tujuh orang peniaga kumpulan B40 membabitkan peruntukan bernilai RM70,000.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, pemohon yang telah berdaftar dalam E-kasih atau diperaku dalam kumpulan sasar peringkat negeri layak dipertimbangkan bantuan PPP tertakluk kepada kuota sedia ada.

“Bantuan di bawah PPP ini sekurang-kurangnya dapat menukarkan landskap perniagaan masing-masing seperti tempat jualan termasuk peralatan mengisi makanan/minuman serta perkhidmatan lain bagi memberikan keselesaan golongan B40 mencari rezeki untuk menambah pendapatan keluarga.

“Kita akan terus memberikan bantuan berkenaan pada masa akan datang berasaskan permohonan yang diterima serta diperakukan oleh pegawai agensi pelaksana kementerian ini di tempat atau negeri masing-masing,” katanya. Utusan

RM10 juta untuk usahawan kecil , peniaga B40


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker