Annuar jangan cetus suasana tidak tenteram dalam parti sendiri – Shamsul Anuar


Annuar jangan cetus suasana tidak tenteram dalam parti sendiri – Shamsul Anuar

Tan Sri Annuar Musa dinasihatkan tidak usah menimbulkan suasana tidak tenteram dalam parti sendiri dengan membuat andaian tanpa asas yang kukuh dan tepat.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, Annuar sepatutnya menjadi ahli dan pemimpin parti yang bertanggungjawab.

Katanya, jika kita mahu orang menghormati kita, maka kita juga mesti menghormati orang lain.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, UMNO meruapakan parti yang sudah begitu lama di negara ini, kekuatan dan imejnya bergantung kepada para pemimpin.

Lantaran itu, Annuar tidak perlu melakukan sesuatu yang merosakkan parti.

”Kerana tiada orang lain yang akan menjaga parti kita. Melainkan kita sendiri. Maka, sebagai ahli dan pemimpin dimanapun kedudukan kita. Wajib kita menjaga parti ini,” ujarnya.

Shamsul Anuar mengulas kenyataan Annuar yang mendakwa terdapat beberapa lagi pemimpin UMNO yang nama mereka sudah dicap sebagai musuh politik bakal dipecat.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, tindakan memecat Datuk Seri Ahmad Tajuddin Abdul Rahman sebelum tamat penggal akan hanya membawa parti ke arah krisis dan perpecahan.

Malah, katanya, tindakan ini bercanggah dengan semangat dan resolusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan PAU Khas. MG

Annuar jangan cetus suasana tidak tenteram dalam parti sendiri – Shamsul Anuar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda tinggalkan Melodi

Mat Kilau : Syamsul Yusof beri amaran

Elaun RM4,733 tak cukup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker