AS yakin Riyadh bakal jalin diplomasi dengan Israel

AS yakin Riyadh bakal jalin diplomasi dengan Israel

Amerika Syarikat (AS) memberi bayangan lebih banyak negara Arab akan normalisasi hubungan dengan Israel menjelang kunjungan Presiden Joe Biden ke Asia Barat tidak lama lagi.

Biden dijangka mengunjungi Riyadh pada pertengahan Julai ini, selepas mengutuk pentadbiran negara ini susulan kes pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Kunjungan Biden dijangka fokus kepada meyakinkan Riyadh supaya meningkatkan pengeluaran minyak mentahnya.

Namun, disebalik hubungan dingin itu, pakar analisis menyatakan terdapat kemungkinan Riyadh akan bersetuju menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun tanpa kunjungan Biden atau Raja Salman masih bertakhta.

Polisi Arab Saudi yang jelas sehingga kini adalah tiada hubungan diplomatik dengan Israel sehinggalah rejim Zionis berundur dari Palestin.

TANDA NORMALISASI?

Pemerintah de facto Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan menyebut Israel merupakan ‘potensi sekutu yang mempunyai banyak kepentingan yang boleh diterokai bersama’.

Malah, Arab Saudi dilihat tidak membantah apabila sekutunya, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjalin hubungan diplomatik dengan Israel pada 2020 dan diikuti oleh Bahrain dan Maghribi.

Pada Januari 2021, Sudan turut bersetuju menjalin normalisasi dengan Israel, namun masih belum memutuskan sama ada perkara itu akan berlaku atau sebaliknya.

Selain itu, Arab Saudi turut membenarkan penerbangan terus dari UAE ke Israel dengan menggunakan ruang udaranya.

Sejak beberapa bulan lalu, masyarakat negara ini menerusi media sosial menzahirkan sokongan kepada usaha normalisasi dengan Israel, biarpun konflik yang berlaku dengan Palestin masih belum selesai.

Menteri Kerjasama Serantau Israel, Esawi Frej pada awal Jun memberitahu kepada Arab News bahawa, Riyadh boleh menjadi ‘orang tengah’ untuk semua penyelesaian konflik Israel dan Palestin.

Beberapa media asing juga melaporkan Riyadh dan Israel ‘dalam diam’ aktif membincangkan tentang ekonomi dan keselamatan bersama.

Selain itu, AS juga dilaporkan memainkan peranan penting dalam menjayakan normalisasi antara Arab Saudi dengan Israel.

KEPENTINGAN BERSAMA

Wakil dari Carnegie Endowment for International Peace, Yasmine Farouk berkata, hubungan baik dengan Israel dapat menyumbang kepada penerimaan Arab Saudi secara lebih meluas.

“Hubungan diplomatik itu akan membuka pintu negara ini lebih luas, terutamanya untuk putera mahkota, selain kerajaan Barat akan menerima Arab Saudi dengan memberikan negara ini ‘peranan lebih penting dan besar’.

“Normalisasi itu bakal membawa perubahan besar kepada Arab Saudi,” ujarnya.

Jelas Yasmine, Israel juga ‘tidak sabar’ untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Riyadh kerana itu merupakan jalan terbaik untuk mereka membaiki hubungan dengan negara Arab yang lain.

Arab Saudi dan Israel turut ‘berkongsi’ musuh yang sama iaitu Iran.

ADAKAH MASA SUDAH TIBA?

Bekas Duta AS ke Israel, Dan Shapiro menyatakan, kunjungan Biden ke Asia Barat boleh menyumbang kepada ‘beberapa langkah penting’ terhadap hubungan diplomatik Arab Saudi dan Israel.

Katanya, normalisasi itu mungkin tidak sepenuhnya, namun masih mempunyai jalan ke arah itu.

Bagaimanapun, Shapiro menegaskan normalisasi itu tidak akan berlaku sekarang selagi Raja Salman masih hidup dan memegang takhta.

Pandangan sama turut dilontarkan oleh pensyarah Institut Baker di Universiti Rice yang menyatakan normalisasi itu hanya akan berlaku apabila Raja Mohammed memegang takhta. Utusan

AS yakin Riyadh bakal jalin diplomasi dengan Israel


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker