Tuan Rumah Nak Tuntut Ganti Rugi Lepas Rumah Rosak Dirempuh Bugatti RM9.17 Juta Cristiano Ronaldo

Tuan Rumah Nak Tuntut Ganti Rugi Lepas Rumah Rosak Dirempuh Bugatti RM9.17 Juta Cristiano Ronaldo

BARU-BARU ini tular kes ‘supercar’ model Buggati milik Cristiano Ronaldo terlibat dalam kemalangan apabila merempuh sebuah rumah di Majorca, Sepanyol.

Dalam insiden itu, kereta Bugatti Veyron hitam berharga £1.7 juta (RM9.17 juta) miliknya telah merempuh sebuah rumah di kawasan perumahan di pantai timur di Sa Coma.



Polis mengesahkan bahawa pekerja Ronaldo atau dianggap sebagai salah seorang pengawal peribadinya ini telah memandu kereta sport mewah itu.

Menurut sumber, polis Sepanyol mengesahkan tiada apa-apa yang menunjukkan Ronaldo terlibat dalam nahas itu.



Sehubungan dengan itu, ramai menggesa Ronaldo untuk menyelesaikan kos kerosakan akibat rempuhan tersebut.

Pemilik kediaman berkenaan yang merupakan warga tempatan Majorca dikatakan telah datang ke lokasi penginapan pemain bola sepak itu pada Selasa untuk berbincang mengenai insiden itu.

“Saya terpaksa menunggu seketika sebelum pintu dibuka (semasa berkunjung ke lokasi penginapan Ronaldo).

“Tetapi saya disambut oleh seorang lelaki dan wanita yang sangat sopan,” kata pemilik rumah itu kepada outlet media tempatan Ultima Hora.



“Mewakili Ronaldo, mereka berjanji untuk membayar semua kerosakan akibat rempuhan Bugatti tersebut.

“Mereka memberitahu saya untuk membaiki semua kerosakan dan menyimpan invois,” kata pemilik rumah berkenaan. –MIRROR 

Tuan Rumah Nak Tuntut Ganti Rugi Lepas Rumah Rosak Dirempuh Bugatti RM9.17 Juta Cristiano Ronaldo

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker