Mursyidul Am mahu guna logo PAS dalam PRU15, Hamzah kata tengah bincang

LARUT – Perikatan Nasional (PN) sedang membincangkan penggunaan logo Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah menggunakan logo itu pada PRU15 merupakan antara strategi gabungan politik berkenaan pada PRU15.

“Perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat tertinggi dalam PN… hasil perbincangan tersebut akan diumum kemudian,” katanya kepada pemberita pada Majlis Kenduri Kampung Anak Kurau Batu Kurau di sini, pada Sabtu.



Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin pada Jumaat dilapor memberi bayangan bahawa parti itu akan menggunakan logo sendiri pada PRU15.

Beliau berkata, imej bulan yang terdapat pada logo Pas dilambangkan sebagai bersih dan pihaknya yakin ia mampu memberi kelebihan kemenangan kepada calon parti itu kelak.

Katanya, penggunaan logo itu dijangka memberi kelebihan kepada calon untuk menang kerana ia sudah dikenali sejak 70 tahun lepas.

Sementara itu, Hamzah enggan mengulas tindakan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang menawarkan kerusi Parlimen Pasir Salak kepada Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada PRU15 selepas beliau digugurkan daripada Majlis Tertinggi UMNO.



“Semua orang boleh buat pandangan atau membuat tawaran begitu dan saya kira itu hanyalah sekadar cadangan.

“Segala keputusan muktamad terletak kepada pucuk pimpinan, jadi saya tidak perlu membuat ulasan lanjut tentang perkara itu,” katanya.

Menyentuh laporan bahawa Pas mahu mempercepat PRU15, beliau berkata ia boleh diadakan sekiranya semua pihak termasuk rakyat sudah bersedia.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo



Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker