Harga Ayam: Keputusan kerajaan berdasarkan kepentingan Keluarga Malaysia

Kerajaan tidak membuat pusingan U berhubung pengumuman tidak akan mengapungkan harga ayam di pasaran, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata keputusan dibuat berdasarkan pandangan pihak berkepentingan terutamanya seluruh Keluarga Malaysia.

“Keputusan (tidak diapungkan harga ayam) dibuat setelah mendengar pandangan rakyat.

“Keputusan ini beri kebaikan kepada rakyat, bukan pusigan U. Kita buat untuk kebaikan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Hari Rekreasi Putrajaya (HRP) 2022 dan Karnival Jom Heboh Putrajaya di Anjung Floria di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan parti pembangkang bahawa keputusan tersebut bersifat pusingan U.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan harga ayam tidak akan diapungkan dan harga siling baharu akan diumumkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam masa terdekat.

Dilaporkan, MAFI akan mengadakan satu mesyuarat khas bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pemain industri penternakan ayam bagi membincangkan isu berkaitan bekalan dan harga siling baharu ayam di pasaran, hari ini.

Mengenai program HRP 2022, Ismail Sabri berkata ia merupakan perhimpunan keluarga yang besar selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan pada Oktober tahun lepas.

“Saya pun teruja ketika sampai, mungkin kerana saya lihat orang begitu ramai bukan sahaja sekitar Kuala Lumpur tetapi juga ada dari Negeri Sembilan, Perak dan Pahang,” katanya.

Terdahulu, Ismail Sabri meluangkan masa lebih sejam meninjau beberapa gerai pameran, berswafoto serta beramah mesra dengan pengunjung.

Antara gerai pameran dilawati adalah Kelab Kucing Malaysia, Didik TV, Studio A Jom Heboh, Media Prima, Aspirasi Keluarga Malaysia dan Putrajaya Floria.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Fadlun Mak Ujud.

Lebih 70,000 pengunjung hadir memeriahkan HRP 2022 dan Karnival Jom Heboh Putrajaya setakat 5 petang tadi.

HRP 2022 julung kali diadakan bertujuan mempromosi Putrajaya sebagai Bandar Rekreasi yang mempunyai pelbagai produk pelancongan antaranya Pantai Floria, sisir tasik, laluan basikal dan nurseri tanaman.

– Bernama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sultan Johor bidas pemimpin DAP hasut rakyat berdemo

Stress Tengok Cara Peniaga Di Thailand Kupas Durian (Video)

Hadi buat pusingan U, mahu PRU-15 dijalankan segera

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker