Lelaki meninggal dunia lebih 5 hari dalam kereta baru ditemui

Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah Perodua Bezza di tapak jualan but kereta di Kota Damansara semalam. (Gambar X)

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia lebih lima hari ditemukan di dalam kereta di tapak jualan but kereta di Kota Damansara semalam.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan pada 12.04 tengah hari semalam berhubung kematian seorang lelaki.

Siasatan awal mendapati mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah Perodua Bezza, tambahnya.

“Lokasi kejadian bertempat di kawasan parkir kenderaan, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, Petaling Jaya.



“(Mangsa) dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh melebihi lima hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak polis meminta individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk hadir ke balai polis berdekatan atau berhubung dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara Mohd Nasir Mustapha di talian 01132052062 bagi membantu siasatan.

Media melaporkan semalam, mayat lelaki berkenaan ditemukan oleh orang awam yang berada di tapak jualan but tersebut.

Gambar dan video penemuan tersebut kemudian tular di media sosial sejak semalam.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Dibikin’ selama 15 tahun, filem Syaitan Munafik bakal menyeramkan penonton



CEO Starbucks merungut apa tu?

Caprice dipanggil ke IPD, netizen sedia ‘backup’ demi keadilan



Dividen ASB 2023 5.25 sen seunit



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker