Lelaki saman sahabat karib RM790,000 kerana bercinta dengan isterinya

Lelaki saman sahabat karib RM790,000 kerana bercinta dengan isterinya

TAIPEI – Seorang lelaki di Taiwan menyaman sahabat karibnya sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Lelaki hanya dikenali sebagai Li itu pada awalnya bersahabat baik dengan rakan sekerjanya, Shi. Mereka merupakan anggota polis di Bandar Baharu Taipei.

Disebabkan hubungan yang akrab, Shi kerap pergi ke rumah Li selepas lelaki itu berkahwin dengan isterinya pada 2018.

Akibat sering bertemu, Shi dan isteri Li menjadi semakin rapat dan melakukan hubungan terlarang tanpa pengetahuan Li. Hubungan mereka akhirnya didedahkan oleh isteri Li sendiri kerana enggan terus berahsia.

Selepas mengetahui perkara itu, Li berasa amat marah kerana dikhianiati oleh rakan baiknya.

Selain mahu bercerai dengan isterinya, dia turut mengemukakan tuntutan saman ke atas Shi sebanyak 1.2 juta yuan (RM787,951) kerana mengganggu rumah tangganya.

Ketika perbicaraan, Shi mengakui perbuatannya dan meminta maaf selain memohon mahkamah meringankan jumlah saman kerana mengakui sedang menjaga ibu bapanya yang telah uzur.

Pihak mahkamah akhirnya membuat keputusan agar Shi membayar pampasan sebanyak 600,000 yuan (RM393,961) kepada Li atas hujah bahawa dia telah bertindak melampaui batas dengan memusnahkan perkahwinan rakan baiknya itu sehingga menyebabkan kerugian kepada banyak pihak. K Online

Lelaki saman sahabat karib RM790,000 kerana bercinta dengan isterinya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker