PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun – Radzi
PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun – Radzi
Kementerian Pendidikan mengumumkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akan disambung lagi untuk tempoh 25 hari apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi kumpulan A dan Kumpulan B pada 14 Jun ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata ia akan berterusan hingga cuti pertengahan penggal pada 16 dan 17 Julai ini.
Kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B melibatkan negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.
“Kemudian pada 16 Julai hingga 25 Julai, ada satu lagi cuti pertengahan penggal dan kemudiannya akan dibuka semula selepas 25 dan 26 Julai.
“Sama ada atau apakah pendekatan pada waktu itu, kita akan umumkan sebelum sekolah dibuka pada 25 dan 26 Julai nanti,” katanya semasa sidang media secara maya pada Ahad.
Katanya, ketetapan itu melibatkan semua sekolah termasuk sekolah swasta, antarabangsa, ekspatriat yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan.
Dalam pada itu, Radzi memaklumkan ujian lisan dan amali sains Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan dilaksanakan pada Februari 2022 manakala ujian bertulis pula pada Mac 2022.
Jelasnya, perkara berkenaan diputuskan selepas pertimbangan keadaan dan cabaran semasa sepanjang tahun ini.
“Pengalaman SPM 2020 membolehkan SPM 2021 dilanjutkan ke tahun 2022,” katanya.
PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun – Radzi
Baca Artikel Menarik
- Mahu cari saham akhirat, Nora kongsi rezeki bersama petugas barisan hadapan
- Moratorium, Tengku Zafrul U-TURN!
- [VIDEO] ‘Rider’ Foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Penjenayah Di Puji Netizen
- Selepas tutup pintu, Ismail Sabri naik status nasi ayam goreng kunyit
- Resepi Masak Lemak Cili Padi Nangka Muda dan Udang
- New option on MySejahtera app to help those wanting to cancel, alter vaccination appointments