Kampung Kuala Hau jadi popular kerana banjir air hijau

Kampung Kuala Hau jadi popular kerana banjir air hijau

MACHANG: Fenomena air banjir berwarna hijau menjadikan Kampung Kuala Hau di sini popular sekelip mata dalam kalangan masyarakat di negeri ini selepas perkara tersebut tular menerusi aplikasi Tiktok dan whatsApp sejak Isnin lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati jambatan Kuala Hau sesak dengan kehadiran orang ramai yang datang untuk melihat sendiri fenomena itu secara lebih dekat.



Seorang penduduk Syairah Kamaruzaman berkata, fenomena itu mula berlaku sejak tahun 2014 lalu namun tidak diketahui oleh masyarakat luar.

Menurutnya, semua itu berubah apabila ada pempengaruh di aplikasi Tiktok memuat naik kandungan video menyebabkan nama Kampung Hau popular sekelip mata.

“Dari situlah, orang luar mula membanjiri kawasan ini. Jumlah pengunjung akan menjadi bertambah pada waktu petang.

“Mengikut maklumat warna air ini berubah kerana lokasinya berhampiran dengan kawasan perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Temangan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.



Sementara itu, seorang penduduk dari Kampung Lepan Pauh, Kuala Nal, Mohd. Syazwan Suhaimi 21, berkata, dia mengetahui perkara itu selepas tular di aplikasi Tiktok.

Katanya, sejurus mengetahui perkara itu dia terus datang ke mari untuk melihat secara lebih dekat fenomena tersebut.

“Ia sesuatu yang mengejutkan bagi saya. Ini merupakan kali pertama saya melihat secara dekat mengenai perkara,” ujarnya. Utusan

Kampung Kuala Hau jadi popular kerana banjir air hijau



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah sudah disunting?



Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari

Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023



Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker