Nenek teringin timang anak bersama suami muda
Nenek teringin timang anak bersama suami muda
Washington: Seorang nenek dari Amerika Syarikat bersedia untuk menimang cahaya mata bersama suaminya yang berusia 24 tahun.
Warga emas itu, Cheryl berusia 61 tahun, berkahwin dengan Qaran McCain dari Georgia pada September tahun lalu selepas pasangan itu berpacaran selama setahun, lapor Yorkshire Live.
Pasangan itu mengumumkan menerusi akaun TikTok mereka, @kingqurannewpage yang mempunyai 2.2 juta pengikut dan Qaran menggunakan akaun itu bagi mengumpul dana ramai untuk membeli cincin buat Cheryl.
Perkahwinan mereka berlangsung di Tennessee dengan 20,000 orang menonton melalui penstriman langsung.
Kedua-duanya menegaskan cinta mereka adalah nyata dan mendedahkan mereka merancang untuk mengambil langkah seterusnya bersama-sama dan mempunyai anak.
“Dia sentiasa inginkan anak dan saya mahu menjadi ibu kepada anaknya. Sudah tentu, kerana usia saya, kami perlu mendapatkan pengganti atau anak angkat yang kami sedang cari,” kata Cheryl.
Ibu tujuh anak itu berkata, keluarganya menyokong hubungan mereka dengan cucunya sudah memanggil Qaran sebagai ‘pawpaw’.
Pasangan itu pertama kali bertemu pada 2012 ketika dia bekerja di Dairy Queen di bandar Rome, Georgia yang dimiliki oleh anaknya Chris yang mana Qaran baru berusia 15 tahun ketika itu.
Mereka terputus hubungan tetapi menjalin cinta semula pada 2020 apabila Qaran melihatnya bekerja di kedai serbaneka sebelum meminang pada Julai 2021.
Cheryl dan Qaran ke Tennessee dengan hanya dua rakan untuk berkahwin dan merancang untuk memperbaharui ikrar mereka di hadapan keluarga mereka.
Anak-anak Cheryl, yang berusia antara 29 hingga 41 tahun berkata, mereka akan membantu membesarkan adik mereka jika ibu mereka dikurniakan cahaya mata.
“Orang ramai menganggap saya mementingkan diri sendiri dan terlalu tua untuk menjadi ibu sekarang, tetapi saya tidak bimbang untuk menjaga anak itu,” kata Cheryl.
Memberi maklum balas kepada sindiran awal minggu ini sama ada pasangan itu sudah berpisah, Qaran berkata, mereka “tidak akan ke mana-mana.” HM
Nenek teringin timang anak bersama suami muda
Baca Artikel Menarik:
- Kucing makan tuan
- Nurul Izzah tuai emas di New Delhi
- Hina Nabi: Malaysia hantar wakil khas ke India
- Kenyataan Johor keluar Malaysia adalah serius – Mahathir
- Muhyiddin tak serah RM1.3 juta kepada bendahari Bersatu – Mahathir
- Kenapa SPRM tak siasat dari awal nama pemimpin tinggi dalam lejar UKSB – Haniff
- Bawa lari pelajar dari Klang, rogol di Melaka
- Polis tahan lelaki disyaki serang Jagdeep
- Saintis temui lohong hitam yang boleh ‘menelan’ Bumi
- Bekas Ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad Tidak Tolak Kemungkinan Sertai Parti Politik
- Glasier Kiamat di Antartika mencair lebih cepat
- Ajal ibu muda di mesin basuh
- Pelakon belasah penghuni kondo, polis perlu masa jalankan siasatan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET