Konvoi Motosikal Tular, Polis Tahan, Keluarkan Lebih 300 Kompaun
Konvoi Motosikal Tular, Polis Tahan, Keluarkan Lebih 300 Kompaun
TANJUNG MALIM: Sebanyak 312 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan terhadap sekumpulan penunggang motosikal yang tular berkonvoi dalam jumlah yang besar di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, pihaknya telah mengesan satu hantaran yang tular di laman Twitter berkaitan konvoi motosikal berkenaan.
Katanya, siasatan awal mendapati, kumpulan motosikal itu bergerak secara berkumpulan dari utara ke selatan menuju ke sebuah restoran di Tanjung Malim.
“Selain itu polis turut membuat satu sekatan jalan raya (SJR) di KM 116 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur bagi tujuan pemeriksaan ke atas motosikal-motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Hasni berkata, hasil pemeriksaan, polis telah mengesan pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh penunggang motosikal terbabit termasuk tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi pandang belakang, nombor pendaftaran tidak lengkap serta ubah suai ekzos.
Ujarnya lagi, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.
“Walaupun aktiviti berkumpulan telah dibenarkan, orang ramai dinasihatkan untuk tetap menjaga penjarakan fizikal dan tidak sesekali melakukan perkara yang menyalahi peraturan serta undang- undang,” katanya lagi.-AA
Konvoi Motosikal Tular, Polis Tahan, Keluarkan Lebih 300 Kompaun
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azmin jumpa wakil PKR di Hotel Sheraton – sumber
- Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie
- Muhyiddin dan 2 bekas menteri terima dana UKSB
- Ganja sebagai steroid ekonomi
- Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas
- Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut
- Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela
- Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
- Setelah 10 bulan berkahwin, Nur Aini akhirnya sedar suaminya seorang wanita
- Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
- Ketahui 12 Khasiat Kegunaan Dan Petua Air Rebusan Pandan Selain Penawar Untuk Lemah Syahwat
- Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
- Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex