Bunga ElHaq nama anak Elisya Sandha

Lohong hitam itu adalah bersaiz 500 kali ganda lebih besar berbanding lohong hitam yang terletak di tengah-tengah Bima Sakti.

PETALING JAYA – Bunga ElHaq Uzair Haqimy. Indah dan unik!

Begitulah nama cahaya mata sulung pelakon Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, pagi semalam.

Pilihan nama indah itu awaknya dikongsikan kakak kepada Elisya yang juga aktres Fasha Sandha menerusi hantaran video di Instagramnya ketika melawat ibu muda serta si kecil di hospital.

“Syukur ahamdulillah. Tahniah Uzair Haqimy dan adik saya, Elisya. Syukur, Allahuakbar cantiknya ‘baby’ Bunga Elhaq. Selamat datang ke dunia sayang ibu,” katanya.



Pada perkongsian sama, pemilik nama sebenar Nur Fasha Sandha Hassan, 38, itu turut menitipkan ucapan tahniah kepada kedua-dua wanita penting dalam hidup adiknya termasuk mentua Elisya, Sheila Rusly.

“Cantik dan sihat ‘baby’ Bunga. Syukur, selamat berpantang Elisya. Tahniah Nana Sheila Rusly, nani Mama Sandha dapat cucu. Syukur Alhamdulillah,” katanya lagi.

Nama Bunga Elhaq seterus diumumkan sendiri oleh Elisya dan Uzair menerusi Instagram masing-masing, sekali gus mengesahkan pilihan nama buat cucu sulung pasangan penerbit Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo itu.

Elisya menutup sebahagian wajah puteri sulungnya, Bunga Elhaq.

Rata-rata pengikut di medium maya berkenaan turut memuji keunikan nama tersebut selain meluahkan harapan dapat melihat muka si kecil dalam masa terdekat.



Terdahulu, Elisya, 23, dan Haqimy, 26, atau Haq melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos tahun lalu selepas hampir tujuh bulan menjalin pertunangan.

Ibu mentua Elisya, Sheila turut meluahkan rasa syukur dan teruja menimang cucu pertama sekali gus menerima kehadiran ahli baharu dalam keluarganya itu.

Sebelum itu dia mendedahkan bermimpi cucunya lahir dan terus memberikan nama, namun menyatakan perkara itu hanya akan dikongsikan Elisya sendiri bersama suaminya selepas kelahiran si kecil. – KOSMO! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?



Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker