Glasier Kiamat di Antartika mencair lebih cepat
AUGUSTA, Maine – Satu kajian baharu mendedahkan bahawa pencairan glasier di Benua Antartika berlaku semakin pantas dan dijangka menjadi punca kenaikan paras laut di seluruh dunia dalam tempoh beberapa abad akan datang, lapor portal berita MailOnline.
Berdasarkan hasil kajian pasukan penyelidik daripada Universiti Maine dan Kajian Antartika Britain, paras laut boleh meningkat sehingga 3.4 meter.
Disebabkan kemampuannnya mengubah paras laut dunia, glasier di Lapisan Ais Antartika Barat (WAIS) turut digelar sebagai Glasier Hari Kiamat.
Pasukan penyelidik tersebut mengukur kadar perubahan paras laut tempatan yang merupakan cara tidak langsung untuk mengukur kehilangan ais glasier.
Kajian mereka menunjukkan bahawa glasier kini mencair pada kadar yang tidak pernah dilihat sejak 5,500 tahun yang lalu.
“Walaupun glasier yang terdedah kepada situasi ini agak stabil sejak beberapa milenium lalu, kadar pencairan semasa kini semakin pantas dan telah menyebabkan paras laut global meningkat,” kata pengarang bersama kajian itu, Dr. Dylan Rood.
WAIS adalah rumah kepada glasier Thwaites dan Pine Island. Lapisan ais menjadi semakin nipis sejak beberapa dekad yang lalu berikutan peningkatan suhu global.
Glasier Thwaites kini memiliki saiz 192,000 kilometer persegi, kira-kira saiz Great Britain.
Memiliki keluasan 162,300 kilometer persegi, glasier Pine Island pula menyamai saiz negeri Florida di Amerika Syarikat (AS).
Pencairan pasangan glasier utama ini berpotensi menyebabkan kenaikan signifikan paras laut global.
Dalam kajian baharu tersebut, pasukan penyelidik mengukur kadar pencairan ais melibatkan kedua-dua glasier ini sejak pertengahan zaman Holocene sekitar lebih 5,000 tahun yang lalu.
“Kadar pencairan ais yang meningkat pada masa ini mungkin memberi isyarat bahawa ‘arteri penting daripada jantung’ WAIS telah pecah, menyebabkan aliran ke lautan yang berpotensi membawa bencana terhadap paras laut global di masa depan dalam dunia yang semakin panas,” kata Rood.
Secara keseluruhannya, hasil kajian itu menunjukkan kadar pencairan semasa meningkat lebih daripada dua kali ganda sejak 30 tahun yang lalu. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Azmin jumpa wakil PKR di Hotel Sheraton – sumber
- Saya tak pernah setuju sertai Caely Holdings – Jovian Mandagie
- Muhyiddin dan 2 bekas menteri terima dana UKSB
- Ganja sebagai steroid ekonomi
- Makhluk menakutkan dirakam di zoo Texas
- Syamsul nak kahwin lagi? Yusof Haslam kunci mulut
- Tertekan di zaman PH, penjawat awam kini terbela
- Virus cacar monyet dalam air mani, WHO mulakan siasatan
- Setelah 10 bulan berkahwin, Nur Aini akhirnya sedar suaminya seorang wanita
- Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
- Ketahui 12 Khasiat Kegunaan Dan Petua Air Rebusan Pandan Selain Penawar Untuk Lemah Syahwat
- Suami buaya darat mati dibunuh pembunuh upahan isteri
- Bidadari badminton Denmark Alexandra Boje digilai peminat Indonesia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex