Arwah Adibah Noor Hanya Tahu Hidap Kanser Tiga Bulan Lalu – Kenalan Rapat [VIDEO]

Arwah Adibah Noor Hanya Tahu Hidap Kanser Tiga Bulan Lalu – Kenalan Rapat [VIDEO]

Kenalan rapat kepada Adibah Noor, Baki Zainal mendedahkan, Allahyarham hanya mengetahui mengenai penyakit kanser yang dihidapi sekitar tiga bulan lalu.

Menurut Baki atau nama sebenarnya Zahimin Baki Zainal, 41, penyanyi dan penghibur terkenal itu mengambil keputusan merahsiakan daripada pengetahuan umum kerana merasakan menjadi tanggungjawab sebagai anak seni dan khalifah, untuk hanya menyebarkan kebahagiaan dan kasih-sayang.

“Sebenarnya ia sangat secara tiba-tiba (Allahyarham Adibah tahu tentang penyakit)… dia sendiri pun tahu baru-baru ini. Dalam dua atau tiga bulan ini baru keluarga dan kawan-kawan rapat tahu.

“Ällahyarham amanahkan supaya jangan cerita. Macam saya cakap, kakak rasa tanggungjawab dia sebagai anak seni dan khalifah ialah untuk menyebarkan kebahagiaan dan kasih sayang.



“Dari situ dia tak nak orang sedih, tak nak orang tahu cerita macam ini dan itu adalah hak dia. Sebab itu kami semua menghormati hak dia,” katanya ketika ditemui selepas upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Taman Permai Keramat, di sini hari ini.

Berkongsi lanjut, Baki berkata, dia sendiri pun terkejut sebaik mendapat tahu mengenai keadaan kesihatan pelantun lagu Terlalu Istimewa itu.

Ujarnya lagi, keadaan kesihatan Allahyarham dilihat semakin bertambah baik, namun, dia reda dengan pemergian artis kesayangan ramai itu.



“Kakak banyak beri pesanan dan saya fikir satu perkara yang saya mahu berkongsi dengan semua orang ialah tiada siapa perlu tahu betapa sukar dan susahnya apa yang kita lalui.

“Kerja kita (sebagai manusia) untuk buat orang senyum, untuk buat orang gembira. Dari situ, apa-apa kesukaran pun kita buat dulu dan paling penting kita ikhlas,” tambahnya.

Adibah atau nama sebenarnya Adibah Noor Mohamed Omar, 51, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.45 malam Sabtu di sebuah hospital swasta di ibu negara akibat kanser ovari.AA

Arwah Adibah Noor Hanya Tahu Hidap Kanser Tiga Bulan Lalu – Kenalan Rapat [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?



Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker