Lapangan Terbang San Francisco diserang

Lapangan Terbang San Francisco diserang

SAN FRANCISCO – Tiga penumpang cedera selepas berlaku serangan di dalam terminal Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada Jumaat.

Bagaimanapin, suspek telah ditahan, kata pihak berkuasa.



Mangsa-mangsa dikatakan mengalami luka dan calar dalam kejadian tersebut.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkata, penyerang cuba mencederakan pelancong sekitar jam 6 petang di kawasan awam terminal antarabangsa.

Para penumpang telah dirawat sebelum meneruskan perjalanan mereka dan operasi lapangan terbang lain tidak terjejas, katanya.

Tidak jelas sama ada suspek seorang pengembara dan motif serangan tidak diketahui, kata pengurus lapangan terbang Russell Mackey kepada San Francisco Chronicle.



Seorang wartawan KTVU-TV yang membuat liputan mengenai kepulangan Golden State Warriors di lapangan terbang berkata, sebilah pisau besar telah dikeluarkan dari tempat kejadian. AP

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Lapangan Terbang San Francisco diserang


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex



Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker