Allahyarham Adibah Noor Derita Kanser Ovari, Baru Selesai Jalani Pembedahan-Ani Mayuni

Allahyarham Adibah Noor Derita Kanser Ovari, Baru Selesai Jalani Pembedahan-Ani Mayuni

SETELAH sekian lama mengunci mulut, penyanyi Ani Maiyuni yang juga rakan baik Allahyarham Adibah Noor mendedahkan penghibur itu sudah lama menderita penyakit kanser ovari tahap empat.

Bagaimanapun, Ani atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman berkata, dia terpaksa merahsiakan mengenai perkara itu berikutan menghormati permintaan Allahyarham.

“Arwah ada memaklumkan bahawa dia sudah lama menderita kanser. Saya minta maaf kerana kami terpaksa merahsiakan.

“Sebelum ini Kak Adibah ada memberitahu pada saya dan beberapa keluarga kami di Gegar Vaganza 8 (GV8). Dan dia minta kami rahsiakan, kami tak boleh nak hebohkan dan war-warkan kepada semua orang yang dia sedang menanggung kesakitan ini,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Adibah Noor, 52, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas.

Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Todd, Allahyarham sudah lama menghidap kanser ovari, namun perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, Ani sebagai rakan sepejuangan dalam program GV8 berkata penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu juga mengambil masa lama untuk berehat selepas menjalani pembedahan

“Selepas kami selesai menjayakan GV8 bersempena Hari Raya, dia sudah mula sakit, seperti demam ‘on’ dan ‘off’.

“Kemudian lama dia ditahan di hospital dan saya ingatkan dia lama tidak keluar disebabkan Covid-19, tapi selepas saya bertanya pada dia secara peribadi, baru dia beritahu dia ada kanser dan baru selesai menjalani pembedahan.

“Dia sedang dalam tempoh berpantang dan biasalah dia mahu berehat. Jadi dia tak mahu terima tetamu, dan tawaran pekerjaan pun dia tak ambil.

“Yang anda semua dapat tengok hantarannya di Instagram baru-baru ini, adalah ‘show’ yang pertama dia jayakan selepas lama dia berehat,” katanya.

Bagaimanapun, Ani tetap mengakui berita pemergian sahabat baiknya itu adalah perkhabaran yang mengejutkan buat mereka semua.-mSTAR

Allahyarham Adibah Noor Derita Kanser Ovari, Baru Selesai Jalani Pembedahan-Ani Mayuni

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker