Jururawat ‘berTikTok’ dalam NICU, diminta mohon maaf

Jururawat ‘berTikTok’ dalam NICU, diminta mohon maaf

Baru-baru ini tular sebuah rakaman memaparkan tindakan seorang individu dipercayai jururawat memuat naik sebuah video dengan menggunakan suara latar yang mengandungi bahasa ‘carut’ mengundang perasaan kurang senang orang ramai.

Difahamkan rakaman tersebut diambil di dalam Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dengan memperlihatkan keadaan seorang bayi yang sedang menerima rawatan fototerapi akibat masalah demam kuning.



Kecewa dengan tindakan individu terbabit, seorang penolong pegawai perubatan di sebuah hospital tampil membuat teguran dan berkongsi pendapatnya berhubung kejadian tersebut.

Beliau yang menggunakan akaun @the.dressar menyifatkan tindakan jururawat berkenaan bukan sahaja dianggap biadab, namun ia telah mencemarkan nama baik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri.

“Kepada jururawat yang buat dan muat naik video tersebut, tolong buat permohonan maaf dan tolong buat sesuatu yang boleh meredakan kemarahan orang awam.

“Awak dah bagi satu tanggapan buruk dan tak baik terhadap institusi KKM, tindakan awak dah melanggar etika, dengan kapsyen begitu, muzik latar yang tidak sesuai,” katanya.



Tambahnya lagi, sekiranya mana-mana individu yang ingin aktif menggunakan aplikasi media sosial, seharusnya memanfaatkannya kepada perkara yang lebih baik. K Online

Jururawat ‘berTikTok’ dalam NICU, diminta mohon maaf


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Faziani Dnars mati dibunuh?

Wak Doyok, Fizo Omar Diminta Bertaubat Giatkan Promosi Forex



Kecantikan Anak Che Ta Macam puteri Zaman Dulu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker