Wanita bunuh anak 4 tahun kerana cemburu rapat dengan kekasih bekas suami
ROM, Itali – Seorang ibu muda bertindak di luar kewarasan apabila tergamak membunuh anak perempuannya yang berusia empat tahun kerana mangsa semakin rapat dengan teman wanita bekas pasangannya, lapor akhbar Newsweek semalam.
Martina Patti, 24, pada mulanya memberitahu polis yang anaknya, Elena Del Pozzo telah diculik oleh sekumpulan lelaki bertopeng.
Polis bagaimanapun meragui keterangan tersebut dan melakukan siasatan lanjut sehingga berjaya membuatkan Martina mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri sehingga mati dan menanam mayat mangsa di sebuah padang.
Menurut laporan awal, pegawai penyiasat percaya motif pembunuhan adalah cemburu kerana mangsa semakin rapat dengan teman wanita bapanya.
Bekas ibu mentua Martina, Rosaria Testa berkata, wanita itu memberitahu bahawa dalang penculikan itu adalah bapa Elena sendiri, Alessandro Nicodemo Del Pozzo, 24.
Namun polis meragui penjelasan tersebut, malah sistem televisyen litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan kehadiran Del Pozzo.
Keesokan paginya, semasa polis menggeledah rumah Martina di bandar Catania, Sicilydia, dia akhirnya mengaku menikam anak perempuannya hingga mati menggunakan pisau dapur.
Martina membawa anggota-anggota polis ke padang berdekatan di mana dia telah membungkus mayat budak perempuan itu di dalam beg plastik sampah dan menanam mangsa di dalam kubur cetek yang digali sendiri.
Polis menemui beberapa kesan luka akibat tikaman di leher, belakang dan belakang telinga mangsa.
Mereka menghantar mayat kanak-kanak malang itu untuk proses bedah siasat.
“Saya bukan diri saya sendiri ketika kejadian berlaku,” demikian kenyataan Patti kepada pegawai penyiasat.
Wanita itu kini ditahan atas kesalahan membunuh dan percubaan menyembunyikan mayat. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa Najib dapat naik MRT dulu?
- Tak ada seorang PM pun bincang tarikh PRU secara terbuka
- Berita gembira! PM umum tambang percuma MRT, LRT, selama sebulan
- Kanak-kanak OKU 10 Tahun Berjaya Diselamatkan Setelah 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi
- Tak sanggup tengok Azira Shafinaz sekarang – Netizen
- Nabila Razali Pakai Baju Renang Dapat Kecaman Netizen Hingga Ada Yang Tak Sanggup Tengok
- Ranking daya saing turun bukan salah PM, Najib beritahu Guan Eng
- Pesawat British Airways dilanda ‘banjir’ di udara
- Mahkamah keluar waran tangkap terhadap bekas isteri SM Faisal
- 7 pegawai ditahan, imigresen sedia kerjasama SPRM
- Ada habuan untuk Harimau Malaya – Ismail
- Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah
- Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain Harimau Malaya rai kejayaan di kelab malam tular (Video)
Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai
Ramai lagi berjoget, tayang payudara, kenapa serang saya saja? – Ifa Raziah
You must be logged in to post a comment.