Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai


Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai

Aksi penjaga gol Harimau Malaya, Syihan Hazmi ketika menentang Bangladesh malam tadi terus mencuri perhatian orang ramai apabila rata-rata daripada mereka menyifatkan lelaki berusia 26 tahun itu sebagai mempunyai aura seorang bintang berikutan memiliki wajah kacak.

Pada masa sama, anak kelahiran Kelantan dengan ketinggian 1.85 meter itu turut dipuji orang ramai berikutan konsep persembahan terbaik ditampilkannya malam tadi sekali gus membolehkan negara melayakkan diri ke Piala Asia 2023.

“Siaplah, mesti kena buru dengan gadis-gadis, dengan emak orang sekali tengok dia ini,” kata Ghaa.

“Betul dah aku cakap semalam, ‘keeper’ ini mesti viral sebab kacak, sekali betullah, dia terus viral,” ujar Naz7921.

“Macam pelakon Thailand pun ada, memang kacak, moga terus murah rezeki,” doa Mimah Naa.

Sementara itu, menyingkap mengenai perjalanan karier Syihan Hazmi, jejaka berusia 26 tahun itu memulakan langkah dalam bidang bola sepak apabila memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2012 sebelum menyertai pasukan Harimau Muda C pada 2013.

Beliau seterusnya melebarkan sayap apabila menyertai Kelantan U-21 antara tahun 2015 hingga 2017 sebelum menyertai pasukan Negeri Sembilan FC ketika ini dengan menggunakan baju bernombor 33.

Berdasarkan maklumat di Instagram, Syihan juga dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pengasas produk kosmetik selain turut dikurniakan dua orang cahaya mata. K Online

Wajah kacak penjaga gol Harimau Malaya dipuji, persis pelakon Thai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker