‘Peja jangan hisap gam’ nasihat baik buat saya – Faizal

‘Peja jangan hisap gam’ nasihat baik buat saya – Faizal

Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu menerima baik pesanan supaya tidak menghisap gam menerusi kain rentang digantung penyokong Harimau Malaya di stadium.

Faizal turut berterima kasih dengan pesanan tersebut dan menyifatkan mesej yang ditujukan kepada beliau itu sebagai satu bentuk nasihat berguna.

“Nasihat yang amat baik kepada saya dan kepada semua! Terima kasih! Semoga Allah berkati segala kebaikan kita,” katanya di Twitter bersama gambar yang tular di media sosial itu.

Kain rentang yang tertera perkataan “Peja jgn sap gam!!!” (Peja jangan hisap gam) itu sekali gus mencuri tumpuan peminat lain yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Tindakan penyokong itu susulan kenyataan Faizal sebelum ini yang dilaporkan berkata faktor luaran seperti sorakan 63,000 penonton menyebabkan pemain skuad negara hilang fokus sewaktu perlawanan turut menjadi punca pasukan negara tewas di tangan Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023, Sabtu lalu.

Beliau kemudian mengemukakan permohonan maaf serta mendakwa kenyataannya itu disalahertikan.

Pada aksi malam tadi, skuad negara bimbingan Kim Pan-gon menamatkan penantian selama 43 tahun apabila mengesahkan slot ke Piala Asia tahun depan selepas melakar kemenangan 4-1 ke atas Bangladesh. FMT

‘Peja jangan hisap gam’ nasihat baik buat saya – Faizal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker