Lelaki mati dipercayai terkena letupan periuk api di laut

KIEV – Seorang lelaki maut dipercayai terkena letupan periuk api ketika berenang di sebuah pantai di wilayah Odessa, Ukraine baru-baru ini.

Insiden itu menimbulkan persoalan kemungkinan dia telah melanggar periuk api yang ditempatkan di pantai-pantai Ukraine.

Rakaman yang dirakam di wilayah Odessa, negara yang dilanda perang dengan Rusia itu menunjukkan orang ramai berlari ke arah pantai sejurus sebelum letupan air.



Mayat lelaki itu kemudian dihanyutkan yang mana sebelum itu isteri, anak lelaki dan rakannya juga duduk di tepi pantai beberapa saat sebelum dia meninggal dunia kerana letupan tersebut.

Disebabkan perang berterusan dengan Rusia, pegawai tempatan telah melarang orang ramai berenang di kawasan yang mempunyai periuk api.

Ukraine telah menuduh Rusia meletakkan periuk api di Laut Hitam dengan sengaja manakala Moscow pula mendakwa sebaliknya. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)



“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker