88,000 jutawan dijangka berpindah ke negara baharu
88,000 jutawan dijangka berpindah ke negara baharu
Jutawan-jutawan di seluruh dunia dilaporkan berhijrah dari satu negara ke negara lain, disebabkan oleh faktor seperti ketidakstabilan politik serta kadar cukai lebih tinggi, lapor agensi berita United Press International kelmarin.
Berdasarkan Laporan Warganegara Global Henly yang dikeluarkan kelmarin, ramai jutawan meninggalkan Russia, Ukraine, Britain dan Amerika Syarikat (AS) disebabkan ancaman tersebut.
Russia muncul negara paling ramai merekodkan perpindahan keluar jutawan dalam tempoh enam bulan lalu dengan 15,000 orang dijangka meninggalkan negara berkenaan menjelang hujung tahun ini.
Pencerobohan Russia pula menjadi faktor utama yang menyebabkan golongan kaya seperti pelabur melarikan diri dari Kiev dengan anggaran seramai 2,800 jutawan dijangka meninggalkan Ukraine.
“Ramalan 2022 menunjukkan situasi ketidaktentuan ekstrem di seluruh dunia. Menjelang hujung tahun ini, seramai 88,000 jutawan dijangka berpindah ke negara-negara baharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, Dr. Juerg Steffen.
Sementara itu, Britain yang pernah menjadi hab kewangan dunia terus mencatatkan kehilangan jutawan susulan Brexit serta langkah kenaikan kadar cukai. Lebih 1,500 jutawan diramal meninggalkan negara itu pada hujung tahun ini.
AS juga semakin menjadi negara yang kurang popular dalam kalangan jutawan. Menurut beberapa pakar ekonomi, keadaan itu disebabkan oleh ketidakstabilan politik dan peningkatan kadar cukai.
Negara itu masih menarik kehadiran lebih ramai orang kaya berbanding penghijrahan keluar mereka. Bagaimanapun, unjuran kemasukan pada tahun ini adalah 1,500 individu. Angka itu merupakan penurunan 86 peratus dari 2019 yang menyaksikan aliran masuk bersih sebanyak 10,800 individu.
Laporan sama mendedahkan bahawa negara-negara yang paling banyak mencatatkan kemasukan jutawan tahun ini termasuk Emiriyah Arab Bersatu yang mengatasi AS di tempat teratas dan diikuti Australia, Singapura serta Switzerland.
Bagi tahun 2023 pula, pakar-pakar berkata, angka migrasi jutawan dijangka lebih tinggi dengan aliran diramal mencapai 125,000 individu. K Online
88,000 jutawan dijangka berpindah ke negara baharu
Baca Artikel Menarik:
- Bedah bariatrik ada syarat elak risiko mati
- Tindakan Pas yang tidak menepati janji punca Muafakat Nasional sampai ‘surah akhir’
- Polis siasat video warga asing sokong hina Nabi Muhammad
- Imam didakwa bogel depan budak perempuan, simpan video lucah
- Filem animasi ‘Lightyear’ berunsur LGBT, petisyen haram filem ini dilancar
- Rachel Lee Dulu Pernah Digelar Simbol Seks Tahun 90-an, Kini Wajahnya Mengejutkan
- Ejai Aziz derita anu panas akibat disihir
- Azmin rapat dengan saya – Muhyiddin
- Sanusi Perlu Minta Maaf Pada UMNO, BN
- Tiada ‘lampu hijau’ dari PM buat Muhyiddin ‘jem’
- Anzalna berhabis demi gaya, tolak jenama tiruan
- Fiza Halim sangkal dakwaan tawar khidmat seks
- Licik permainan politik Bersatu – Razlan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
India robohkan rumah tokoh-tokoh Islam
You must be logged in to post a comment.