Tiada ‘lampu hijau’ dari PM buat Muhyiddin ‘jem’

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menunggu pertemuannya dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membincangkan kedudukan Zuraida Kamaruddin dalam kabinet.

Ahli Parlimen Pagoh itu berpandangan menteri industri perladangan dan komoditi itu perlu diganti kerana merupakan menteri Bersatu semasa memegang jawatan berkenaan.

“Keputusan melantik siapa (ganti Zuraida), itu hak perdana menteri dan kita akan calonkan nama yang dianggap sesuai untuk menggantikan Zuraida,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) ke-6 hari ini.

Ketika ditanya sama ada Bersatu akan melantik muka baru, Muhyiddin minta semua pihak menunggu sehingga pengumuman calon.

Tambahnya, tarikh pertemuan itu belum ditetapkan lagi.

Untuk rekod, Ismail Sabri dan Zuraida masing-masing dalam lawatan kerja ke Jepun dan Turki dua minggu lalu.

Pada 26 Mei, Zuraida mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia.

Zuraida berkata dia akan membincangkan peletakan jawatannya sebagai menteri dengan perdana menteri.

Zuraida juga berkata dia akan terus menyokong kerajaan Ismail Sabri.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menafikan khabar angin yang tersebar bahawa Menteri Kanan Azmin Ali dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga akan berpaling tadah daripada Bersatu.

“Kenapa tak kata semua keluar (Bersatu), lagi besar berita. Setahu saya tidak betul (Azmin, Rashid mahu keluar Bersatu). Saya rapat dengan Azmin, dia adalah menteri yang datang daripada Bersatu dan kita kerap berbincang bukan saja soal masuk keluar (parti), (tapi juga) soal masa depan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, dia pernah bertemu Rashid semasa sambutan Hari Raya dan ahli parlimen Batu Pahat itu tidak menyatakan hasrat untuk keluar parti.

Muhyiddin menyifatkan khabar angin itu tidak berasas, mempersoalkan mengapa serangan ditujukan kepada Bersatu.

“Mengapa orang menyasar dan memberi perhatian kepada Bersatu, kita hanya parti kecil,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker