Video buat aksi ‘wheelie’ tular, polis cari dua remaja sampai ke rumah

Video yang tular di media sosial memaparkan dua remaja membuat aksi ‘wheelie’ di atas sebuah motosikal di Jalan Jeli-Dabong, Kuala Balah dekat Jeli, Khamis lalu

JELI – Dua remaja dicekup selepas video yang memaparkan aksi mereka melakukan aksi ‘wheelie’ di atas sebuah motosikal di Jalan Jeli-Dabong, Kuala Balah di sini tular di media sosial sejak Khamis lalu.

Kedua-dua remaja berusia 15 dan 17 tahun itu ditahan semalam di rumah masing-masing di Kuala Balah, Bukit Jering di sini kira-kira pukul 11 malam selepas polis menjejak mereka berdasarkan video yang tular menerusi media sosial Instagram.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Ahmad Arifin berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua remaja terbabit melakukan aksi berkenaan di Jalan Jeli-Dabong, Kuala Balah di sini pada Khamis lalu.

Menurutnya, berdasarkan video berdurasi 29 saat itu, ia jelas menunjukkan dua remaja yang terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal membuat aksi ‘wheelie’ yang membahayakan diri sendiri termasuk pengguna jalan raya lain.



“Kedua-dua remaja terbabit ditahan di rumah mereka dan motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki mereka semasa kejadian turut dirampas.

“Mereka diletakkan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli malam semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]



Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker