Musim ketiga Ejen Ali lebih memukau

Musim ketiga Ejen Ali lebih memukau

SIRI animasi popular Malaysia, Ejen Ali kini kembali menemui peminat dengan musim ketiga yang pastinya menjanjikan kelainan serta aksi lebih menarik.

Terkenal juga dengan dunia penceritaan yang inovatif dan animasi berkualiti tinggi, Ejen Ali tidak terlepas dalam mengangkat pengaruh kepelbagaian budaya di Malaysia.



Hal ini dapat dilihat apabila animasi ini mengetengahkan teknologi moden yang digabungkan pelbagai elemen tradisional Malaysia dan serumpun.

Antaranya, penggunaan gasing dan kerambit sebagai senajata serta seni mempertahankan diri silat.

Penonton bakal disajikan aksi yang hebat serta kesan visual yang menakjubkan menerusi jalan cerita Ejen Ali 3 ini.

Noorhayati Maslini, Azi Shafian dan Azman Zulkiply kembali memegang watak asal mereka, manakala Usamah Zaid selaku Pengarah dan Ketua Penulis Skrip bersama Shafiq Isa selaku Pengarah Kreatif dan Suara turut sama meminjamkan suara bagi beberapa karakter dalam siri ini.



Pengarah Ejen Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin berkata, pihaknya sangat berbangga dengan pencapaian diraih bagi siri animasi itu ketika ini.

Dia turut berharap pihaknya mampu memberikan impak positif kepada penonton walaupun penghasilan Ejen Ali 3 terpaksa dijalankan di rumah akibat pandemik Covid-19.

“Kami sangat teruja untuk melihat Ejen Ali berada di pentas dunia, terutama di platform Disney+ Hotstar yang mempunyai pengikut animasi yang setia.

“Seperti ramai, pandemik ini menyebabkan kami perlu bekerja dari rumah untuk menjalankan produksi musim ketiga ini.



“Saya percaya ini adalah bukti bahawa WAUriors yang hebat mampu mencapai kejayaan penting bersama-sama Disney+ Hotstar memandangkan animasi adalah medium sejagat bagi orang ramai terutama penonton muda apabila mereka melihat karakter yang menyerupai mereka di layar skrin.

“Kami berharap berjaya memperkenalkan model yang positif untuk mereka contohi. Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong kami sehingga hari ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Nini Yusof berkata, pihaknya yakin peminat akan terhibur dengan jalan cerita yang bakal ditampilkan oleh Ejen Ali 3 kali ini.

Nini berharap siri animasi ini bukan saja memenuhi cita rasa penonton tempatan, malah mampu membuka mata penonton dari luar juga.



“Kami berbangga untuk menyajikan Ejen Ali, siri animasi tempatan yang dinantikan ramai kepada penonton serantau bersama Disney+ Hotstar.

“Usaha sama ini mencerminkan nilai tinggi yang kami diletakkan pada kerjasama penghasilan kandungan demi memperluaskan jumlah penonton di dalam dan luar Malaysia.

“Kami yakin penonton Disney+ Hotstar bakal terhibur dengan jalan penceritaan menarik yang dibawakan oleh WAU Animation yang terdiri dari pengkarya kreatif yang sangat berbakat.

“Kami berharap animasi tempatan yang menampilkan pelbagai suara dan rupa Asia ini akan memberi inspirasi kepada penonton,” katanya.



Selain itu, Ketua Kandungan dan Kreatif, Asia Tenggara dan Indonesia Walt Disney menyatakan rasa bangga apabila dapat bersama-sama menjadi sebahagian daripada yang menjayakan siri animasi ini.

“Kami sangat berbesar hati apabila berpeluang bekerjasama dengan WAU Animation untuk menghasilkan musim terbaharu Ejen Ali dan memperkenalkannya kepada penonton Disney+ Hotstar di serantau Asia Tenggara.

“Kami sungguh teruja untuk melihat reaksi penonton khususnya peminat setia yang mengikuti misi Ejen Ali dan ejen-ejen baru apabila ia akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar pada bulan ini,” katanya.

Sinopsis ringkas Ejen Ali 3, Ali dan rakan-rakan dalam kalangan Ejen muda dari Akademi MATA disatukan semula dalam sebuah pertandingan rahsia di Arena MATA.



Ali tekad untuk mengikuti jejak langkah ibunya selaku juara Arena MATA, namun menghadapi cabaran sukar untuk bersaing tanpa bergantung pada gajet IRIS apabila bertemu Ejen Antarabangsa yang jauh lebih berkemahiran tinggi.

Ketika berlangsungnya pertandingan Arena, sebuah rancangan rahsia musuh dalam selimut muncul untuk menjatuhkan MATA dan berpotensi melumpuhkan bandar raya futuristik Cyberaya.

Adakah Ali dan rakan-rakan ejen mampu mengekang perancangan licik pihak musuh? Ayuh sama-sama saksikan siaran ekslusif Ejen Ali 3 di Disney+ Hotstar bermula 25 Jun depan. HM

Musim ketiga Ejen Ali lebih memukau


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker