Jadi ‘hadiah’ hari jadi Permaisuri Selangor, Fazura, Fattah alami kejutan

FAZURA dan Fattah berbesar hari dijemput menjadi kejutan istimewa sempena sambutam hari lahir Tengku Permaisuri Selangor baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bagai bulan jatuh ke riba, begitulah pepatah yang sesuai menggambarkan pengalaman pelakon popular Fazura apabila dipilih menjadi antara hadiah kejutan pada majlis ulang tahun kelahiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman baru-baru ini.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Nur Fazura Sharifuddin, 38, mengakui sangat teruja apabila dia dan suami, Fattah Amin diamanahkan sebagai pembawa kek pada hari bersejarah tersebut.

Lebih manis, bukan hanya kehadiran mereka memberikan kejutan manis buat Tengku Permaisuri, bahkan Fazura sendiri berdepan kejutan dengan senyuman dan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Permaisuri Selangor itu kepada mereka berdua.

“Saya dan Fattah telah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk Tengku Permaisuri yang bertemakan Bollywood, sangat meriah.

“Kami adalah antara hadiah dengan misi membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri.

“Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian Happy Birthday, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua,” katanya.

Katanya yang terkenal menerusi drama Hero Seorang Cinderella itu, perasaannya semakin teruja apabila melihat kegembiraan yang jelas terpancar pada wajah Tengku Permaisuri Norashikin.

“Sungguh dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami serta Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua. Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan,” katanya.

Paling tidak boleh dilupakan, Fazura yang kini menyerlah sebagai usahawan tudung berjaya turut terinspirasi dengan kerendahan hati dan sikap romantis pasangan diraja itu,

“Yang paling tersemat di hati ialah baginda Tuanku berdua merupakan pasangan yang sangat merendah diri dan romantis. Sangat kagum dan menjadi contoh kepada kami,” ujarnya.

Terdahulu, Fazura juga pernah menerima beberapa barangan istimewa kiriman Permaisuri Selangor sebelum ini seperti syiling emas dan naskhah al-Quran

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Geli! Pelanggan Jumpa Bangkai Cicak Dalam Minuman Di Restoran Makanan Segera [VIDEO]

Anna Jobling jual wajah cantik?

Video pra perkahwinan Sofyank ‘another level’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker