Butiran peribadi di laman web cetus kebimbangan
Butiran peribadi di laman web cetus kebimbangan
Kebimbangan mula tercetus susulan dakwaan sebuah laman web yang dikatakan mengandungi butiran peribadi rakyat Malaysia.
Pengguna Twitter, @Radz1112, berkata laman web itu boleh digunakan sesiapa sahaja menerusi carian pantas pelayar, sambil menyifatkan ia sesuatu yang “sangat membimbangkan”.
“Saya menjumpai laman web itu semasa menyemak sumber terbuka tempatan komuniti dalam Twitter.
“Dengan menggunakan nama dan tahun kelahiran seseorang akan memberikan maklumat peribadi tertentu seperti nombor kad pengenalan, sekiranya individu itu merupakan anggota polis atau tentera,” katanya memberitahu FMT.
Semakan di laman web itu menunjukkan carian mudah seperti memasukkan nama penuh, tahun kelahiran atau negeri tempat tinggal akan memaparkan nombor kad pengenalan yang disunting, dengan hanya dua nombor pertama dan dua nombor terakhir sahaja dipaparkan, selain alamat emel dan pautan ke profil media sosial.
Dalam pada itu, apabila memasukkan nombor telefon bimbit akan memaparkan nama didaftarkan, selain butiran lain. Nombor pendaftaran kenderaan juga boleh dimasukkan bagi mendapatkan maklumat tertentu.
Bagaimanapun, bagi mendapatkan butiran lebih terperinci individu, pengguna perlu membuka akaun di laman web itu termasuk membuat pembayaran yang dikatakan akan menunjukkan butiran lanjut dalam keputusan carian. Laman web terbabit menawarkan beberapa pakej pada harga berbeza bagi mendapatkan akses tertentu.
Pengguna Twitter, @Radz1112, berkata laman web itu boleh diakses sesiapa sahaja menerusi carian pantas pelayar.
@Radz1112 berkata, laman web berkenaan dianggap sebagai ancaman kepada pertahanan dan keselamatan negara berhubung data peribadi orang awam.
Sementara itu, setiausaha politik kepada veteran DAP Lim Kit Siang, Syahredzan Johan, mendesak pihak berkuasa tindakan serius berhubung dakwaan itu.
“Jelas, sebelum ini berlaku kebocoran maklumat data memandangkan maklumat itu sudah boleh didapati secara terbuka,” katanya selepas menyemak laman web itu secara peribadi.
Bulan lalu, laman web teknologi, Lowyat.net, melaporkan set data milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengandungi butiran 22.5 juta orang yang lahir bermula 1940 hingga 2004 bocor dengan maklumat itu dijual hampir RM44,000 dalam forum pasaran pangkalan data.
Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin, bagaimanapun menafikan kebocoran maklumat, sambil menyatakan set data berkenaan tidak dimiliki JPN. FMT
Butiran peribadi di laman web cetus kebimbangan
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY
You must be logged in to post a comment.