Bekas ADUN Bersatu Sedili Didakwa Cabul Wanita

Bekas ADUN Bersatu Sedili Didakwa Cabul Wanita

MUAR: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, Januari lalu.

Tertuduh yang berusia 54 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 27 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatan wanita berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di dalam sebuah kereta mewah jenis Toyota Vellfire di daerah Muar pada jam kira-kira 5 petang, 13 Januari 2022 lalu.

Justeru, tertuduh yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Tinggi didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana daripada dua seksaan itu.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangkan jaminan sebanyak RM 5,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Mohd Nasir dan Muhammad Izzad Syafiq Ismail bagaimanapun merayu jumlah jaminan berkenaan dikurangkan dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama sepanjang siasatan polis dijalankan.

 

Majistret Amalina pada penghakimannya kemudian membenarkan jaminan RM 4,000 dengan seorang penjaminan dan menetapkan 3 Julai ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Mahkamah turut menetapkan 16 hingga 18 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima laporan daripada seorang wanita yang juga Ahli Jawatankuasa Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kota Tinggi mendakwa diganggu secara seksual oleh bekas ADUN berkenaan.-AA

Bekas ADUN Bersatu Sedili Didakwa Cabul Wanita

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker