‘Dapatlah 7 Ekor’ – Kamal Adli, Uqasha Cerita Pengalaman Pertama Kali Candat Sotong

‘Dapatlah 7 Ekor’ – Kamal Adli, Uqasha Cerita Pengalaman Pertama Kali Candat Sotong

PELAKON kacak Kamal Adli meluahkan rasa bangga apabila isterinya aktres Uqasha Senrose sanggup melakukan aktiviti mencandat sotong meskipun dalam keadaan yang tidak selesa.

Menurut Kamal, dapat bersama isteri melakukan aktiviti yang pertama kali dicubanya merupakan sesuatu yang akan diingati.



“Saya sangat bangga Qasha boleh ada di sebelah saya masa kita candat sotong dalam keadaan bot yang bergelombang, lepas tu dia siap masakkan sotong segar tu atas bot, dalam keadaan tak selesa, momen tu sangat sweet pada saya.

“Itu adalah pengalaman pertama saya mencandat sotong, selalu saya tengok video adik-adik saya yang buat aktiviti candat sotong.

“Saya memang excited masa nak pergi tu, cuma bila pergi tu tak sangka waktu sotong tengah kenyang, total kami dapat tujuh ekor,” ujar Kamal ketika ditemu bual.

Jelas Uqasha lagi, mengikut suami melakukan aktiviti mencabar seperti mencandat sotong cukup memberikan keterujaan.

“Sebelum ni Qasha pun tak pernah buat sebarang aktiviti memancing mahu pun candat sotong. Tapi bila dapat peluang buat aktiviti ni bersama dengan Kamal, Qasha on je.



“Tambahan pula Qasha bukan seorang yang mabuk laut. Dulu pun Qasha suka buat aktiviti island hopping,” ujarnya lagi.

Cukup mengujakan, bermacam drama dan perkara yang lucu berlaku sepanjang perjalanan mereka, anda wajib menonton “The House” musim terbaharu ini.

https://www.instagram.com/p/Cef5NVvpeLY/

‘Dapatlah 7 Ekor’ – Kamal Adli, Uqasha Cerita Pengalaman Pertama Kali Candat Sotong



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis



Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker