Pan Gon mahu TMJ kekal

Pan Gon mahu TMJ kekal

Ketua jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon menggesa Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya mempertimbangkan semula keputusannya untuk berundur daripada mengendalikan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengendali dari Korea Selatan itu menjelaskan, satu kerugian besar kepada bola sepak Malaysia jika Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) keluar daripada dunia bola sepak.

Justeru, Pan Gon berkata, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu perlu kekal bukan sahaja demi kelabnya, tetapi juga untuk kepentingan pasukan kebangsaan.

“Dalam masa kurang sedekad, Tunku Ismail berjaya membawa JDT ke tahap lebih tinggi selari dengan semangat cintakan bola sepaknya yang mendalam. Lantaran itu, bola sepak Malaysia sememangnya perlukan Tunku Ismail.

“Di bawah kendaliannya, JDT menyalurkan lebih 15 pemain kepada pasukan kebangsaan, malah lebih ramai pemain baharu yang lebih baik sedang dalam persiapan.

“Tunku Ismail sentiasa menyokong pasukan kebangsaan sejak awal lagi dan kami amat menghargai jasanya. Sebelum kedatangan saya, saya juga sudah mengetahui kemudahan dan infrastruktur latihan JDT adalah bertaraf Eropah.

“Kami menghargai tawaran Tunku Ismail untuk Harimau Malaya berlatih di Johor. Menerusi infrastruktur yang ada, mereka yang berlatih di sana boleh mendapat manfaat daripada kemudahan terkini.

“Pada sudut pandangan peribadi saya, ia dilihat sebagai satu lagi sumbangan JDT kepada bola sepak Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Facebook FAM.

Semalam, TMJ mengejutkan arena bola sepak tempatan apabila mengumumkan keputusan untuk meninggalkan JDT dan menyerahkan urusan harian kelab kepada pengurusan tertinggi.

Namun, selepas itu Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards mengesahkan bahawa TMJ masih kekal selaku pemilik kelab berkenaan dan memegang majoriti saham walaupun membuat pengumuman mengundur diri.

Selain itu, Pan Gon berkata, prestasi disumbang JDT membantu meningkatkan lagi profil bola sepak Malaysia terutama di sudut pembangunan dan penjenamaan yang mampu dijadikan contoh kepada kelab negeri.

“Tunku Ismail meletakkan JDT ke tahap yang membolehkan kelab itu layak bermain dalam Liga Juara-Juara Asia. Terima kasih kepada sumbangan Tunku Ismail ini yang mana JDT mendapat pengiktirafan di seluruh Asia sekali gus membantu meningkatkan taraf bola sepak kelab di Malaysia.

“Mentaliti kemenangan diterapkan Tunku Ismail adalah penting untuk melaksanakan perubahan dalam bola sepak tempatan,” katanya. BH

Pan Gon mahu TMJ kekal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker