3 kes Omicron varian BA.4, BA.5 dikesan

3 kes Omicron varian BA.4, BA.5 dikesan

Malaysia mengesan tiga penularan COVID-19 membabitkan dua kes varian BA.5 dan satu jangkitan BA.4.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata itu kes pertama membabitkan penularan varian berkenaan yang disahkan di negara ini.



“Kedua-duanya (varian BA.4 dan BA.5) dikategorikan @WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) sebagai VOC-LUM (lineages under monitoring) di bawah varian Omicron. Setakat ini, faktor risiko kekal sama,” katanya.

Singapura kesan 3 kes tempatan Omicron varian BA.4 dan BA.5

Sebelum ini, Singapura dilapor merekodkan tiga penularan tempatan COVID-19 membabitkan dua kes varian BA.4 dan satu jangkitan varian BA.5 dengan ia adalah kes komuniti pertama disahkan sebagai jangkitan varian berkenaan.

Pada 16 Mei lalu, pegawai kesihatan Eropah menyenaraikan dua strain Omicron yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan, iaitu BA.4 dan BA.5 sebagai varian membimbangkan (VOC).



Klasifikasi itu dibuat susulan subvarian Omicron berkenaan berupaya mengelak daripada perlindungan imuniti vaksin dan mungkin menguasai kes COVID-19 Eropah menjelang musim panas.

Pusat Pencegahan Penyakit dan Kawalan Eropah (ECDC) dalam laporan menyatakan, subvarian BA.4 dan BA.5 boleh menyebabkan lonjakan kes jangkitan COVID-19 di seluruh benua, sekali gus meningkatkan jumlah kemasukan ke hospital dan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU).

BA.4 dan BA.5 pertama kali dikesan di Afrika Selatan masing-masing pada Januari dan Februari lalu.

Sejak itu, kedua-dua subvarian terbabit menjadi strain dominan di negara itu, manakala BA.5 pula dijangka menjadi varian paling biasa di Portugal menjelang 22 Mei nanti.



Sementara itu, laporan ECDC juga menyatakan ketika ini tiada tanda sebarang perubahan dalam kadar keterukan jangkitan bagi BA.4 dan BA.5, berbanding subvarian Omicron sebelum ini. BH

3 kes Omicron varian BA.4, BA.5 dikesan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker