Wanita dijangkiti penyakit kelamin di dalam kereta teman lelaki dapat pampasan RM22.8 juta

JACKSON, MISSOURI – Seorang wanita di negeri Missouri, Amerika Syarikat menerima pampasan AS$5.2 juta (RM22.8 juta) daripada  syarikat insurans kenderaan bekas kekasihnya selepas mendakwa dijangkiti penyakit kelamin di  dalam kereta lelaki itu.

Menurut portal berita MailOnline, wanita berkenaan mendakwa bahawa dia dijangkiti penyakit kelamin selepas melakukan hubungan intim bersama bekas teman lelakinya di dalam sebuah kereta Hyundai Genesis keluaran 2014.

Dia kemudian membuat tuntutan mahkamah dengan meminta ganti rugi daripada  GEICO General Insurance Company iaitu syarikat insurans kenderaan yang dilanggan bekas kekasihnya.

Kertas mahkamah yang diperoleh MailOnline mendedahkan bahawa wanita berkenaan memaklumkan kepada GEICO pada Februari 2021 bahawa dia dan bekas kekasihnya telah menjalin hubungan cinta sejak 2017.

Dia menuntut ganti rugi dalam bentuk wang tunai dan mendakwa telah dijangkiti penyakit papillomavirus manusia (HPV) ketika berada di dalam kenderaan pelanggan syarikat itu.

Dokumen mahkamah turut mendedahkan bahawa bekas teman lelaki wanita itu mengetahui bahawa dia menghidap tumor kanser dan HPV, namun tetap meneruskan hubungan seks dengan plaintif tanpa sebarang perlindungan.

Pada Mei 2021, panel juri mendapati bahawa kedua-dua mereka melakukan hubungan intim di dalam kenderaan tersebut, yang telah menyebabkan jangkitan penyakit kelamin HPV.

Bekas teman lelakinya juga didapati mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab kerana  tidak mendedahkan status kesihatannya kepada wanita berkenaan.

Justeru, Selasa lalu, Mahkamah Rayuan Missouri memerintahkan GEICO membayar ganti rugi berjumlah AS$5.2 juta (RM22.8 juta) kepada wanita berkenaan.

Menurut peguam kecederaan peribadi Los Angeles, Miguel Custodio, keputusan mahkamah itu munasabah.

“Jika anda memikirkan bahawa keadaan wanita itu berpunca daripada kecederaan  yang dialami ketika berada di dalam kereta orang lain, ia sememangnya menjadi tanggungjawab syarikat insurans untuk membayar pampasan,” jelasnya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker