Amber Heard kalah kes saman kerana tampil diri sebagai ‘maksum’

Kakitangan tersebut merampas kotak cincin tanpa sempat wanita berkenaan menyatakan persetujuannya. – Mirror UK

WASHINGTON – Peguam bela bagi kes saman fitnah pelakon, Johnny Depp ke atas bekas isterinya, Amber Heard menafikan tuduhan bahawa populariti dan kekuasaan milik lelaki itu menjadi faktor utama kemenangannya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Camille Vasques dan Benjamin Chew yang hadir dalam temu bual bersama rancangan TODAY dan Good Morning America memberitahu, panel  juri percaya pada keterangan  Depp kerana dia mengaku setiap kesalahan yang dilakukan sepanjang mereka sebumbung.

Menurut Chew, pada pandangan peribadinya, panel juri menyebelahi Depp mungkin kerana sifat bertanggungjawab bintang Pirates of The Carribean itu dalam setiap insiden yang berlaku.

“Johnny mengakui dia mempunyai banyak isu dengan dadah dan alkohol serta berterus-terang tentang perkara tersebut.

“Berbeza dengan Amber yang nampaknya sentiasa meletakkan kesalahan pada pihak lain. Dia seolah-olah  mempunyai jawapan kepada semua perkara. Mungkin hal tersebut membuatkan panel juri berasa Amber tidak memikul tanggungjawab atas apa-apa pun sama ada perkara baik atau buruk,” katanya.

Mereka juga menyelar dakwaan bahawa pihak juri tidak menyukai Heard kerana netizen lebih menyokong Depp di media sosial sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

Ini kerana perbicaraan mahkamah tidak pernah mengambil kira hal yang berlaku di luar dan terutama sekali di media sosial.

“Kes ini adalah untuk mengembalikan reputasi Johnny dan kehidupannya selepas ‘dirampas’ oleh kenyataan Amber pada 2018.

“Dia tidak peduli mengenai wang dan mungkin akan mengetepikan ganjaran AS$8 juta (RM35.1 juta) yang perlu dibayar Amber kepadanya namun itu adalah di atas pertimbangan Johnny,” ulas Vasquez.

Dalam masa sama, Vasquez menjelaskan bahawa kenyataan peguam Heard mengenai keputusan yang berpihak kepada Depp telah mengetepikan hak wanita adalah tidak benar.

Ini kerana keputusan mahkamah tersebut adalah tertakluk kepada kes itu sahaja dan tidak mewakili kes keganasan rumah tangga yang lain. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker