Zahid berjaya angkat Umno keluar longkang – Khir Toyo

Zahid berjaya angkat Umno keluar longkang – Khir Toyo

Bagi Dr Mohamad Khir Toyo, Ahmad Zahid Hamidi merupakan presiden Umno yang telah berjaya mengangkat parti itu kembali dari “dalam longkang” sehingga menjadi rebutan pada hari ini.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata ini dapat dilihat menerusi pencapaian Umno menang majoriti dua pertiga dalam PRN Melaka dan Johor, serta kemenangan dalam beberapa PRK selepas 2018.



“Selepas PRU14, Umno kalah pada 2018. Umno macam berada dalam longkang, orang tak nak Umno.

“Ketika itu pemilihan ketua bahagian ramai yang tak nak (sertai), ahli parlimen pula lompat ramai-ramai.

“Tapi hari ini Umno sudah jadi satu benda yang sangat menarik. Sampai ada yang sudah lompat pun nak patah balik. Kini Umno kembali jadi rebutan,” katanya ketika wawancara bersama Malaysiakini.

Selepas tumbangnya BN pada PRU14, sejumlah 17 ahli parlimen Umno telah berpaling tadah dengan kebanyakannya menyertai parti serpihannya, Bersatu yang ketika itu dipimpin Dr Mahathir Mohamad.



Namun Umno kembali menyertai kerajaan selepas memberikan sokongan kepada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin – yang membawa keluar Bersatu daripada PH – sebagai perdana menteri pada 2020.

Lebih setahun kemudian, iaitu pada Ogos 2021, Umno kembali memegang jawatan perdana menteri, menerusi naib presidennya Ismail Sabri Yaakob, selepas sejumlah ahli parlimennya menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin menyebabkannya hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Khir menganggap kebangkitan Umno pada masa ini bukan sahaja daripada kekalahan pada 2018, tetapi juga sejak PRU 2008 di mana buat pertama kalinya BN tidak mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan hilang empat negeri, iaitu Selangor, Perak Kedah dan Pulau Pinang.

Keputusan pada PRU ketika itu menyebabkan Abdullah Ahmad Badawi kemudian berundur daripada jawatan perdana menteri.



Meskipun Zahid kini terpalit dengan pelbagai isu kontroversi di mahkamah, bagi Khir Zahid adalah seorang presiden yang mempunyai hala tuju untuk parti.

Katanya, ini kerana hala tuju parti politik yang sebenar adalah untuk menang pilihan raya, manakala isu ekonomi terletak di bahu kerajaan dan Umno bukanlah menguasai kerajaan sepenuhnya.

“Jadi apa kegagalan Datuk Seri Zahid? Daripada Umno dalam longkang, hari ini Umno jadi rebutan.

“Daripada Umno kalah pilihan raya, hari ini Umno menang dalam pilihan raya,” katanya yang merujuk kepada siri kemenangan dalam PRK dan PRN selepas PRU14.



Pada PRU14, gabungan pembangkang iaitu PH berjaya merampas Putrajaya daripada BN – sesuatu yang tidak berlaku sebelum itu.

Najib Razak yang merupakan perdana menteri ketika itu kemudian meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.

Kedua-dua jawatan tersebut kemudian disandang oleh Zahid. Pada Disember 2018, dia “bercuti” sementara – dengan kedua-dua jawatan dipangku timbalannya Mohamad Hasan – sebelum kembali aktif beberapa bulan kemudian. Mk

Zahid berjaya angkat Umno keluar longkang – Khir Toyo




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis



Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker