DAP Tidak Pernah Ikhlas Di Sabah

Oleh Nurul Aisyah

PARTI milik Lim Kit Siang iaitu DAP sememangnya terkenal sebagai parti rasis dan cenderung kepada negara republik. Perkara ini tidak selari dengan Malaysia yang merupakan negara Raja Berpelembagaan. Pemerintahan Beraja merupakan salah satu ciri yang unik dan penting di Malaysia.

Rakyat tahu DAP tidak pernah ikhlas memperjuangkan nasib mereka. Parti tersebut lebih berminat untuk menjaga kepentingan kaum tertentu sahaja dan juga orang Melayu yang sanggup menerima budaya “republik” mereka.



Baru-baru ini kecoh pertelingkahan diantara parti Warisan dan DAP berkenaan pelawaan kerjasama antara dua parti tersebut di Sabah.

Bagi Ketua Penerangan Warisan Awang Ahmad Sah Sahari, pelawaan DAP untuk bekerjasama dengan Parti Warisan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah dibuat secara tidak ikhlas.

Dalam kenyataannya semalam, Ahli Parlimen Petagas itu berkata dalam menghadapi PRU15, keikhlasan adalah suatu yang penting bagi Warisan, dalam mejalinkan sebarang kerjasama.

Beliau berpandangan ia suatu yang agak melucukan, apabila Setiausaha Agung parti itu Anthony Loke Siew Fook menyatakan bahawa DAP akan mempertahankan tiga kerusi Parlimen yang mereka menang di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Tenom dan Sandakan. Bagi Warisan, apabila DAP meletakkan satu syarat untuk kerjasama itu maka ianya sudah mendedahkan sifat tidak ikhlas mereka.



DAP bukan sahaja dilihat sebagai tidak ikhlas dan angkuh malah mereka juga hipokrit. Beberapa contoh sikap hipokrit DAP yang paling ketara ialah keenganan mereka untuk melaksanakan tuntutan Sabah ke atas 40 peratus hasil yang dikutip kerajaan Persekutuan pada ketika (Pengerusi DAP) Lim Guang Eng menjadi Menteri Kewangan.

Setelah DAP tidak lagi menjadi kerajaan, kini mereka telah memfailkan tindakan undang-undang bagi mendapatkan pengisytiharaan bahawa formula itu masih terpakai. Satu waktu yang amat tidak sesuai. Kenapa sekarang ini baru mereka bertindak ketika DAP menjadi pembangkang dan pilihan raya semakin hampir?

Pada 3 Jun, 13 wakil rakyat Sabah dari Pakatan Harapan memfailkan tindakan undang-undang untuk mendapatkan pengisytiharaan mengenai 40 peratus hasil hak Sabah yang diperoleh kerajaan Persekutuan dari Sabah setiap tahun. Masa DAP jadi kerajaan, mereka tolak tuntutan rakyat Sabah ini.

Nampak sangat DAP tidak ikhlas.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker