Zuraida ketuai PBM bincang gabungan dengan BN

Zuraida ketuai PBM bincang gabungan dengan BN

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin akan mengetuai Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk berbincang dengan parti lain bagi membentuk kerjasama sebagai sebuah gabungan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tugas itu selaras dengan pelantikan beliau sebagai ‘Presiden Designate’ PBM.

Pelantikan berkenaan dibuat sejurus Biro Politik dan Majlis Tertinggi PBM mengesahkan keahlian Zuraida dalam mesyuarat yang diadakan hari ini selepas membincangkan permohonan beliau pada 26 April lalu untuk menyertai parti berkenaan.

Presiden PBM, Larry Sng berkata, pelantikan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berkenaan dibuat atas permintaan akar umbi dan bagi memacu pembangunan dan perkembangan parti itu pada masa depan.

“Beliau akan mengetuai pertemuan dengan ketua-ketua parti yang lain untuk mengadakan kerjasama dalam mana-mana gabungan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Larry berkata, PBM memutuskan parti itu akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan surat rasmi akan dihantar kepada parti tersebut dalam masa terdekat.

“Itu terpulang kepada proses yang kita telah mulakan. Keputusan proses itu kita kena tunggu lebih masa untuk mereka bincang dan pertimbangkan,” katanya.

Sementara itu, Larry berkata, Majlis Tertinggi PBM akan bermesyuarat untuk menyusun semula perlembagaan parti bagi membolehkan proses peralihan kepimpinan berjalan dengan lancar dan teratur.

“Proses peralihan ini akan mengambil masa. Kita akan berbincang untuk mengadakan mesyuaratkan agung tahunan dalam masa dua bulan lagi iaitu pada Ogos.

“Ia melibatkan pertukaran perlembagaan parti selepas itu jawatankuasa akan membuat keputusan formula terbaik dan kita akan buat pengumuman kemudian,” kata Larry.

Parti itu ketika ini mempunyai keahlian lebih 100,000 orang di 196 kawasan Parlimen.

Zuraida mengumumkan keluar daripada parti Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada 26 Mei lalu. MG

Zuraida ketuai PBM bincang gabungan dengan BN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker