Dakwa Ada Sokongan, Kalau Muhyiddin Menafikan, Terserahlah – Shafie Apdal

Dakwa Ada Sokongan, Kalau Muhyiddin Menafikan, Terserahlah – Shafie Apdal

KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahankan kenyataannya bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah memaklumkan mempunyai 119 sokongan Ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Semporna itu menjelaskan, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu memberitahu perkara itu menerusi perbualan telefon dengannya sebelum ini.



“Kita berbicara menerusi perhubungan (panggilan) telefon. Dia ada menyebut dengan saya bahawa (beliau) ada sokongan 199 (ahli parlimen).

“Dia (Muhyiddin) juga menyatakan kepada saya, dia sudah berbincang dengan Anwar, Anthony Loke untuk membentuk kerajaan.

“So keadaan ini, kita dapat melihat kalau dia menafikan terserahlah…,” katanya pada sidang media di Kota Kinabalu pada Selasa.

Ahad lalu, Muhyiddin menafikan pernah memberitahu atau mengesahkan kepada sesiapa bahawa telah mendapat cukup sokongan ahli parlimen untuk dilantik menjadi perdana menteri semula.

Muhyiddin bagaimanapun mengesahkan bertemu beberapa pemimpin parti politik selain Barisan Nasional (BN) tetapi menjelaskan perkara yang dibincangkan adalah untuk merintis persefahaman bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).-AA



Dakwa Ada Sokongan, Kalau Muhyiddin Menafikan, Terserahlah – Shafie Apdal

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker