Pemilik Comedy Crackhouse hantar surat tuntutan kepada Datuk Bandar KL

Pemilik Comedy Crackhouse hantar surat tuntutan kepada Datuk Bandar KL

Pemilik Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel dan Shankar R Santhiram menghantar surat tuntutan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Che Ngah berhubung pembatalan lesen kelab berkenaan di ibu negara selama-lamanya.

Kedua-dua mereka mendakwa tidak mendapat notis atau surat rasmi berhubung perkara itu dan meminta penjelasan daripada Datuk Bandar sama ada kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Jalaluddin Alias ​​adalah benar.



Jalaluddin dipetik Berita Harian sebagai berkata jawatankuasa pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah membuat keputusan membatalkan lesen kelab komedi itu berkuat kuasa 30 Julai, manakala Rizal disenaraihitam seumur hidup.

Surat tuntutan itu, yang dilihat oleh Malaysiakini, menuntut supaya notis rasmi diberikan dalam tempoh 48 jam atau jika tidak, kedua-dua mereka akan memohon relif daripada Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan berkenaan.

“Anakguam-anakguam kami tidak pernah menerima sebarang notis dan/atau surat rasmi untuk dimaklumkan pekara-pekara yang dinyatakan (dalam laporan media).

“Sekiranya perkara-perkara seperti yang dilaporkan di Media Massa secara luas yang dinyatakan di atas adalah benar, maka hak kehidupan anakguam-anakguam kami yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan akan terjejas dengan serius,” katanya.



“Anakguam-anakguam kami tidak pernah didapati bersalah untuk apa-apa kesalahan yang mewajarkan keputusan-keputusan DBKL sepertimana yang dinyatakan di dalam perenggan berkenaan,” menurut surat tuntutan oleh firma guaman Karpal Singh & Co.

Kelab komedi itu mendapat perhatian baru-baru ini berikutan persembahan kontroversi yang dikatakan menghina Islam, menyaksikan seorang wanita dan teman lelakinya ditahan.

Beberapa video lama persembahan komedi Rizal yang dianggap kontroversi kemudian muncul semula.

Dia ditahan oleh Unit Siasatan Terperingkat Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 14 Julai lalu.



Beberapa hari kemudian, kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur itu dirosakkan dan Rizal menerima ugutan bunuh yang dihantar melalui isterinya.

Polis percaya dua kejadian itu mempunyai kaitan.

Rizal menghadapi tiga pertuduhan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA). Mk

Pemilik Comedy Crackhouse hantar surat tuntutan kepada Datuk Bandar KL




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman



Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker