Polis tahan ‘Apoi’

Aksi menagih dan menghisap dadah yang dimuat naik menerusi satu rakaman video di laman Facebook membawa kepada penahanan seorang lelaki di Chenderong Balai di Teluk Intan hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata berdasarkan rakaman itu yang dimuat naik di akaun ‘I Love Teluk Intan,’ polis menahan suspek berumur 46 tahun di sebuah rumah di Jalan Dato’ Haji Yusof Maidin, Chenderong Balai pada kira-kira 5 petang.

“Pemeriksaan di tubuh badan suspek membawa kepada penemuan dadah disyaki heroin bernilai RM832.50 yang dijumpai di dalam beg sandang berwarna hitam di bahu kanannya.



“Suspek mengaku mendapatkan bekalan dadah tersebut daripada seorang lelaki dengan nama panggilan ‘Apoi’ di kawasan Pekan Langkap dan usaha mengesan pengedar itu sedang giat dilakukan oleh pihak polis ketika ini,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin dan memiliki 16 rekod jenayah berkaitan dadah, mencuri serta merompak.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

– Bernama



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis

Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY



BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker