Muka baharu di Parlimen Arau?

Muka baharu di Parlimen Arau?

SETIAP kali Pilihan Raya Umum (PRU), Parlimen Arau antara kawasan panas yang sentiasa menjadi tumpuan. Penyandangnya, Datuk Seri Shahidan Kassim, sejak 1986 dalam empat kali pilihan raya tidak pernah menghadapi masalah menang di situ.

Shahidan tokoh politik yang cukup berpengaruh di Perlis menang di kerusi Parlimen tersebut dalam PRU7 (1986); PRU8, (1990); PRU13 (2013) dan terbaharu PRU14 pada 2018 selain pernah memegang jawatan Menteri Besar selama tiga penggal dari 1995 sehingga 2008.



Menjelang PRU15, adakah Shahidan yang sudah lebih tiga dekad di dalam politik itu masih diberi kesempatan bertanding di Parlimen Arau atau terdapat muka baharu yang bakal diberikan peluang bertanding di situ sekali gus menembusi kubu kuat bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu.

Desas-desus bertiup kencang bahawa Shahidan tidak akan dicalonkan lagi di kawasan berkenaan dengan beberapa muka baharu disebut-sebut bakal menggantikan beliau sebagai calon di Parlimen Arau.

Hubungan Shahidan yang dikatakan tidak selari dengan kepemimpinan pusat dan negeri mungkin menjadi antara faktor sekiranya Menteri Wilayah Persekutuan itu tidak lagi dipilih menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.

Antara nama yang disebut-sebut bakal diberi peluang bertanding di Parlimen Arau adalah tokoh korporat berpengaruh yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman. Nama Rozabil bukanlah asing dalam kalangan ahli UMNO khususnya di bahagian Arau.



Selain itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau merangkap Ketua Penerangan UMNO negeri, Syed Atif Syed Abu Bakar juga antara nama yang disebut-sebut bertanding di kawasan berkenaan ataupun diberi laluan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh.

Nama Syed Atif juga bukanlah asing lagi dalam kalangan ahli UMNO malah pengaruh beliau yang mula berkecimpung di dalam politik sejak 2005 itu cukup kuat khususnya dalam kalangan orang muda.

Nama beliau sudah beberapa kali disebut-sebut bakal menjadi calon di dalam pilihan raya sebelum ini namun masih belum ‘terlekat’. PRU15 dikatakan peluang bagi Syed Atif untuk akhirnya dipilih sebagai calon.
Dalam pada itu, nama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man yang dikatakan akan beralih ke peringkat pusat selepas PRU15 juga antara yang dikaitkan diberi laluan bertanding di Parlimen Arau.

Ads by Kiosked
Jika Azlan bertanding di Arau, ia bukanlah satu kejutan memandangkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu merupakan anak jati Arau dari Guar Sanji dan pernah menang di DUN Pauh pada PRU13.



Menurut sumber dalaman UMNO kepada Utusan Malaysia, nama Rozabil mungkin menjadi pilihan utama di Arau selain beberapa calon lain yang disebut-sebut.

“Mungkin akan ada muka baharu di Arau (calon) namun semuanya akan bergantung kepada keputusan kepemimpinan parti sama ada mengekalkan Shahidan atau memilih muka baharu sebagai calon di Parlimen Arau.

“Arau merupakan kawasan panas yang sentiasa menjadi tumpuan setiap kali pilihan raya. Mungkin akan ada kejutan nanti (calon) baharu, kita tunggu dan lihat,” kata sumber itu. Utusan

Muka baharu di Parlimen Arau?




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis



Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker