Sah Atau Batal? Ulang Bacaan Surah Sama Dalam Dua Rakaat Awal Solat

Sah Atau Batal? Ulang Bacaan Surah Sama Dalam Dua Rakaat Awal Solat

PASTI ada di antara kita yang pernah membaca surah yang sama pada rakaat kedua ketika solat. Persoalannya, adakah sah solat tersebut?

Pada asasnya, solat merupakan salah satu amal ibadat yang paling utama dalam kehidupan. Dalam solat pula disyariatkan untuk membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun qauli dan ayat-ayat yang lain.

Malah, membaca satu surah daripada al-Quran sekalipun ayat yang pendek atau membaca tiga ayat al-Quran yang berurutan adalah disunatkan.

Bacaan ini disunatkan bagi imam dan orang yang mendirikan solat secara bersendirian pada dua rakaat yang pertama sahaja bagi setiap solat.

Meskipun diharuskan dan solatnya dikira sah serta tidak batal, namun ia menyalahi sunnah dan petunjuk Nabi SAW.

Sementara makmum juga disunatkan membacanya pada solat yang diperlahankan bacaan atau sekiranya dia berada jauh daripada imam dan tidak kedengaran bacaannya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, diharuskan bagi orang yang mendirikan solat untuk membaca surah tertentu selepas al-Fatihah dalam rakaat pertama, kemudian membaca surah yang sama dalam rakaat kedua.

Hal ini adalah berdasarkan kepada riwayat daripada Mu‘az bin Abdullah al-Juhani bahawa seseorang daripada kabilah Juhainah mengkhabarkan kepadanya:

(Maksudnya): “Beliau mendengar Nabi SAW membaca dalam solat Subuh yakni surah al-Zalzalah pada kedua-dua rakaat. Justeru, aku tidak tahu adakah Rasulullah SAW lupa atau membaca surah itu (dalam kedua-dua rakaat) dengan sengaja.”

Kita digalakkan untuk mempelbagaikan bacaan surah dan ayat-ayat al-Quran yang dibaca dalam solat.

Begitu juga terdapat riwayat daripada Aisyah R.Anha bahawa:

(Maksudnya): “Nabi SAW mengutus seorang lelaki untuk memimpin suatu peperangan. Dalam solatnya, dia membaca (surah tertentu) kepada para sahabatnya dan menutupnya dengan (firman Allah SWT): (Surah al-Ikhlas). Apabila kembali, mereka menceritakan perkara itu kepada Nabi SAW, lalu Baginda bersabda: ‘Tanyakan kepadanya, mengapakah dia melakukan itu?’ Lalu mereka bertanya kepadanya, maka dia menjawab: ‘Kerana ia (surah tersebut) adalah sifat bagi al-Rahman dan aku suka membacanya.’ Maka Nabi SAW bersabda: ‘Khabarkan kepadanya bahawasanya Allah mencintainya.’”

“Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, bahawa diharuskan untuk membaca surah yang sama selepas al-Fatihah bagi rakaat pertama dan kedua, serta sesiapa yang membacanya dikira mendapat pahala sunat bacaan surah atau ayat-ayat al-Quran selepas al-Fatihah dalam solat.

Walau bagaimanapun kata Zulkifli, perkara ini sekalipun diharuskan dan solatnya dikira sah serta tidak batal, namun ia menyalahi sunnah dan petunjuk Nabi SAW.

Hal ini kerana afdhalnya dan lebih digalakkan untuk mempelbagaikan bacaan surah dan ayat-ayat al-Quran yang dibaca dalam solat.

Sah Atau Batal? Ulang Bacaan Surah Sama Dalam Dua Rakaat Awal Solat

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker