Giliran Peja balun Aziz Bari

Sesiapa sahaja boleh bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Tambun pada PRU15 nanti, kata ahli parlimen kawasan itu Ahmad Faizal Azumu.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata ini kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi.

“Abdul Aziz Bari (ketua pembangkang Perak) bukan mahu lawan saya seorang, tetapi semua orang dia mahu lawan.

“Dalam negara demokrasi ini bukan sahaja Abdul Aziz Bari tetapi isterinya pun boleh, tiada masalah kerana semua orang boleh bertanding,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program Liga Sukan Malaysia (MSL) Daerah Kinta 2022 di X Park Sunway City di Ipoh hari ini.

Dia berkata demikian bagi mengulas kenyataan Abdul Aziz yang juga AdunTebing Tinggi dari DAP pada 22 Mei lepas, yang menyatakan hasrat untuk mencabar bekas menteri besar Perak itu di kerusi Parlimen Tambun pada PRU15 dan mempertahankan kerusi DUN Tebing Tinggi yang disandangnya ketika ini.

Ahmad Faizal turut mengingatkan bakal-bakal calon yang berhasrat untuk merampas kerusi Tambun supaya tidak berpolitik dengan memburukkan seseorang individu dengan cara tidak baik dan taksub, sehingga menjejaskan perpaduan dan sebagainya.

“Ada adab-adab di Malaysia ini yang boleh dijaga dengan baik. Berpolitik ini bukan untuk diri sendiri tetapi untuk orang ramai,” katanya yang juga Adun Chenderiang.

-Bernama

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker