Taska cuai disyaki penyebab bayi patah tulang lengan

Taska cuai disyaki penyebab bayi patah tulang lengan

Alor Setar: Bayi lelaki berusia lapan bulan patah tulang lengan kiri disyaki akibat kecuaian pusat penjagaan kanak-kanak (taska) di kawasan Anak Bukit di sini.

Kejadian disedari ibu mangsa ketika menjemput anaknya pada 5 petang, Khamis lalu dan mendapati lengan kiri bayinya bengkak.

Dia bersama suaminya kemudian membawa anak mereka ke hospital swasta di sini sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menerima laporan daripada pasangan berusia 35 tahun itu di Balai Polis Anak Bukit, kelmarin.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati bayi mengalami patah tulang di bahagian atas lengan kiri.

“Berikutan itu, seorang wanita berusia 20 tahun yang juga pengasuh taska ditahan reman sehingga 9 Jun untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi hari ini. FMT

Taska cuai disyaki penyebab bayi patah tulang lengan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker